Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 31, 2011

13 Dek Sepakan Maruku S. Kunanlan, Penyu Menangis Lagi

Hepi Deepavali..walau dah lepas tapi masih hangat lagi. Abah pasti ramai yang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu Sabtu malam lepas.

Terkenal dengan slogan Peteh Ganu Peteh, Terengganu begitu mengimpikan Piala Malaysia setelah hampir sepuluh tahun mereka tidak menjejak kaki ke pentas akhir Piala Malaysia inilah saat yang dinantikan untuk mereka namun kemenangan berpihak kepada Hoben Jang Hoben apabila memenangi perlawanan dengan jaringan 2-1. 


Nampaknya Penyu menangis lagi. Dengarnya, trofi Piala Malaysia buat kali ketiga itu akan diarak di setiap daerah di negeri yang terkenal dengan Adat Perpatih.

Anyway tahniah buat Negeri Sembilan dan cuba lagi Terengganu.


Friday, October 28, 2011

32 Sakit tekak, tiada suara sini petuanya

Minggu lepas wife abah hilang suara disebabkan dia terlibat dengan team building dan ditambah dengan mengambil minuman berais dan bergas. 

Macam mana nak kembalikan suara yang hilang atau akibat sakit tekak? Ada yang cakap minum air suam atau air jawa. 

Sini abah nak kongsikan petua yang lain iaitu  makan sengkuang cina dan minum air getah anggur. Kat mana nak dapat dua menda ni? Jika di KL paling senang anda ke pasar chow kit di situ sengkuang cina dan getah anggur ada dijual selain ikan, daging, ayam, sayuran dan buah-buahan.

Sengkuang cina ni kecik je macam bawang putih je besarnya. Abah tumpang rasa dan rasa seperti tebu pun ada.hehehe.
Getah anggur- Image Encik Google

Getah anggur tu korang boleh rendamkan dalam air sejuk dan biarkan ia kembang dan minum airnya. Nak lagi sedap tambahlah gula sikit. InsyaAllah suara anda akan kembali pulih.

Monday, October 24, 2011

25 Mee Kuah Abah..Impian,Kenyataan atau Khayalan?

Niat dihati nak jadi seorang businessman bila dah besar nanti, akhirnya sekarang memegang jawatan sebagai Knowledge Management Executive. Alhamdulillah ada juga kerja dan boleh sara keluarga dan bagi duit sikit pada mak.

Tiba-tiba niat nak jadi businessman tu tiba-tiba muncul kembali mengenangkan duit gaji yang diterima agak tidak mencukupi disebabkan pelbagai hutang yang perlu dilangsaikan. Tambahan pula itu adalah cita-cita sejak di sekolah menengah.

Apa yang bermain di benak fikiran adalah untuk buka sebuah restoran mee kuah abah...Sekarang ni masih lagi 50 / 50 untuk buka restoran atau pun teruskan kerjaya sekarang. Lokasi telah dikenal pasti, modal permulaan belum ada lagi, pinjaman selepas premis ada telah dikenal pasti, resepi? of course on job training daripada ibu mertua. 

Abah teringin nak ibu iman jadi suri rumah sepenuh masa, nak hantar ibu abah ke Mekah mengerjakan Haji dan Umrah. Abah juga nak bahagiakan ibu abah dan ibu mertua.

Buat masa ni, fikiran masih buntu lagi..Ya Tuhan tunjukkanlah padaku jalan agar mudah untuk aku buat keputusan.

13 Abah kembali..

Salam semua, adoooii..lama betul dah tak update blog. Tapi abah tengok ramai juga yang sudi berkunjung ke blog abah. Mekasih abah ucapkan!

Bukanlah sengaja abah taknak update tapi sebab banyak betul hal yang berlaku. Antaranya adalah ibu abah pula terkena demam denggi dan dimasukkan ke hospital Kuantan selama hampir seminggu. Alhamdulillah ibu abah dah keluar wad Jumaat yang lepas.

Minggu lepas juga abah agak sibuk dengan Training of Trainer on Knowledge Management di Malaysia Productivity Corporation di Petaling Jaya. Memang betul-betul busy.

So, lepas ni abah leh kembali aktif semula blogging. 

Wednesday, October 12, 2011

37 Wordless Wednesday : Sape nak kencing?



Monday, October 10, 2011

37 Video Iman terpilih dalam Video Pilhan Nona

Sape ada tengok rancangan Nona semalam? Ada perasan tak video pilihan selepas video budak lelaki tolak  troli ada video Nur Iman ngah hisap botol susu sambil joget sikit dan kebetulan pula lagu yang terpasang kat radio.

Tak sangka pula video yang dihantar adik ke Nona terpilih dan disiarkan semalam. Meh tengok aksi Nur Iman semasa berusia 10 bulan kalau tak silap abah. Ni original video.

Kalau nak tengok yang nona korang boleh ke tonton.com.my


Untuk makluman semua, dalam rancangan Nona ada Segmen interaktif, iaitu ‘Video Pilihan’. Segmen ni  memberi peluang kepada penonton untuk menghantar video rakaman sendiri seperti gelagat anak-anak, percutian keluarga, gelagat binatang peliharaan dan lain-lain untuk berkongsi bersama. 

Yang bestntya hadiah bakal diberikan kepada pengirim yang menghantar video paling lucu dengan aksi menarik. So adik abah lah yang dapat..oooo..tak aci!

24 Bayi 23 hari diliwat bapa

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



Sumber Harian Metro

Friday, October 7, 2011

17 Farah Fauzana digodam

Kecian Farah Fauzana, penyampai Hot FM apabila apabila e-mel dan akaun laman sosialnya digodam hujung bulan lalu. Menurut Farah Fauzana akaunnya telah beberapa kali digodam sebelum ini.

Lebih menakutkan lagii apabila maklumat peribadi beliau dan penyampai lain turut dimuaturun oleh penggodam. Apalah  yang depa nak buat dengan maklumat tu.


Namun begitu sejauh manakah kebenaran penggodam itu jahat? Mari kita tengok antara berita berkaitan penggodam:


 “ CLERMONT-FERRAND – Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.” – Kosmo Online.


“ SYDNEY – Seorang pelajar sekolah di Australia, Pearce Delphin yang berumur 17 tahun menyatakan dia tidak berasa kesal kerana menyebabkan laman mesej Twitter terjejas selama lima jam pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam. – Kosmo Online.” 

Seterusnya kita tengok istilah-istilah bagi penggodam


a) Topi hitam :- Seseorang yang menceroboh keselamatan komputer tanpa izin bertujuan keganasan dan vandalisme.

b) Topi kelabu :- Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di atas pagar perundangan dan seringkali mengaku perbuatannya.

c) Topi putih :- Penggodam topi putih merupakan seseorang yang mempunyai etika dan tujuan pencerobohan keselamatan maklumat adalah untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan sistem di dalam sesebuah syarikat.

So terpulang kepada anda untuk menilainya.


21 Spontaneous Thursday: Kaki Datuk Siti Nurhaliza

Klik untuk tumbuh besarkan

Macam-macam manusia ni kan sehinggakan kaki Datuk Siti Nurhaliza pun depa cari ni. Nak kena penyepak dengan Datuk K agaknya. 

Nak tengok gambar Datuk Siti Nurhaliza klik sini.

Thursday, October 6, 2011

16 Bulat tapi comel

Ingat tak lagi pelakon kanak-kanak di atas tu yang bulat tapi comel tu nama Kok Siu Man dan yang kecil dan kuat tu namanya Ashton Chen Xiao Long.

Gambar ni abah ambik dari facebook GilerKentang. Seronokkan tengok aksi mereka dalam cerita kungfu dulu-dulu. Sekarang mereka dah semakin besar.

Jika dalam movie biasanya kita perhatikan watak yang dibawa oleh Kok Siu Man lebih kepada aksi lucu dan menghiburkan manakala Ashton Chen Xiao Long seorang yang agak serius dan pintar.

Kalau filem terbaru diaorg abah tak sure plak.

Wednesday, October 5, 2011

30 Abah Khalisha peminat Boboiboy


Ini betul-betul pengakuan berani mati punya! Abah antara peminat cilik yang begitu meminati animasi terbaru di Malaysia selepas Upin dan Ipin iaitu BoboiBoy.

Comelkan mereka, lihat sajalah gambar di atas tu. Gelagat comel mereka menyebabkan abah tertarik untuk menonton siri mereka. Tapi yang abah panasnya kenapalah TV3 asyik ulang episod yang sama?

Peminat-peminat begitu ternanti-nantikan aksi BoboiBoy dan kawan-kawannya yang mendapat kuasa untuk menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak.

Hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd. ini memaparkan konsep 1 Malaysia juga tau. Mana tidaknya BoBoiBoy anak melayu, Gopal anak india, Ying anak cina dan Yaya anak melayu.

Perisian yang mereka gunakan adalah Adobe Photoshop, After Effects, Premiere, Autodesk Maya 3D dan Apple Logic Pro untuk melancarkan proses pembikinan siri animasi 3D BoBoiBoy ini.

Lebih membanggakan lagi ramai peminat daripada Filipina dan Singapore meminati animasi ini. Tahniah dan syabas buat crew-crew BoboiBoy!
Errr..ada sape-sape nak join abah jadi fan tua Kelab BoboiBoy?hehehe

Lagi cerita pasal BoboiBoy di Kosmo.

23 Wordless Wednesday : Jadual Bertugas




Tuesday, October 4, 2011

20 Membekal peralatan burung walit

Sebut sahaja perniagaan burung walit, pasti ramai yang terbayangkan satu industri yang cukup giat berkembang pada hari ini.

Berbekalkan dengan kos permulaan yang agak besar, industri ini menjanjikan pulangan yang cukup lumayan jika mengikut panduan dan garis panduan yang betul.

Potensi besar dan berkembang industri ini ke pasaran antarabangsa menyebabkan Agrobank bersetuju mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM67.7 juta kepada mereka yang berminat menceburi industri sarang burung walit.

Kepada mereka yang berminat untuk membeli peralatan burung walit ini boleh lah emailkan kepada abah sebab abah ada kawan yang menjual peralatan sarang burung walit ini. Emailkan kepada abah di azizulidrus@gmail.com atau sms 012-9552183.

Basic package (with FREE consultation for usage of equipment):


a. 4 bags swiftlet droppings (1 bag = 20 litre paint drum)
b. 1 set Remote Hygrometer (2 unit set)
c. 1 unit Humidifier with preset timer
d. MP3 CDs (set of 3 bird sound)
e. 20 units of tweeters with condensers
f. 2 sets MP3 player and amplifier with 1 preset timer
g. 1 bottle (1.5 litre) of SP-solution (Perfume)
h. ‘Step-by-step Guide to the Cultivation of Edible Nest Swiftlet’ guide Book. 

AUTO SOUND CHANGER - RM 1300/PCS 
HUMIDITY SENSOR-PRICE RM 480/PCS INCLUDING DELIVERY WEST MALAYSIA 

dan pelbagai lagi peralatan untuk membina sarang burung walit ini.

Abah cuma tolong kawan dan abah tolong anda yang sedang mencari peralatan untuk membina perniagaan sarang burung walit ini.

Monday, October 3, 2011

15 Tempahlah hotel melalui Booking.com, anda pasti puas!

Anda ada merancang untuk melancong hujung tahun ini? Sudah kenal pasti lokasi bercuti? Sudah tahu di mana tempat untuk menginap?

Abah sarankan anda menggunakan Booking.com sebagai tool pencarian hotel penginapan anda. Kenapa Booking.com?

  • Terdapat 167,410 hotel di seluruh dunia
  • Menawarkan penjimatan sehingga  75%
  • Tidak dikenakan sebarang cas

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah perlu register akaun dan mulakan pencarian. Anda boleh booking hotel mengikut tarikh anda. 

Daripada hotel satu bintang sehingga lima bintang ada di tawarkan.

Abah pernah guna ke Booking.com? Mestilah abah pernah guna semasa pergi holiday ke Singapore dan kerana itu abah cadangkan pada korang semua.

Nak bercuti di dalam Malaysia? Anda pasti dapat penginapan yang dalam budget. Tak percaya? Layari segera di Booking.com dan tengok apa kata anda!

21 Eyes of Malacca

Terkenal dengan warisan peninggalan sejarah, Melaka memang cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia malah turut dikenali di luar negara. Malahan itu, Melaka telah diiktiraf sebagai Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Sabtu yang lalu, abah dan keluarga telah ke Melaka untuk hantar adik abah yang baru sembuh akibat demam denggi. Abah cuma pergi balik hari sahaja. Selayang - Melaka pun dalam dua jam sahaja. 

Kalau diikutkan ini kali ketiga abah ke Melaka bandar bersejarah. Nampak begitu banyak perubahan dan pembangunan berlaku di Melaka sewajar dengan Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju pada 20 oktober 2010 yang lalu.

Sampai di Melaka abah ke Mydin. Fuh besar betul Mydin di Mek laka ni. Baru sahaja beroperasi, Mydin ini terletak berdekatan dengan bangunan MITC. Abah ke Mydin pun sebab adik nak beli barang dia.

Meh lah kita tengok gambar yang abah ambil ketika di udara iaitu semasa menaiki helikopter.

Itu Sungai Melaka. Di situ anda boleh menaiki Melaka River Cruise. Pelayaran sejauh 9km membolehkan anda meyaksikan pemandangan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan pelbagai lagi pemandangan yang menarik. Tapi dari udara ni tak nampak sangatlah apa yang menarik tu.hehehe..

 Lihatlah pembangunan yang begitu pesat membangun di Melaka ini.

 Errr...tak tau nak tulis apa yang ni. Korang komen sendiri.

Parking pun tak mencukupi. Ingat ye kalau anda ke Melaka pastikan anda membeli kupon parking. Nanti kena saman pula.

Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memang cukup luar megamall ini. Keddai-kedai di dalamnya abah perhatikan nak sama taraf dekat KLCC dah.


 Kapal tersadai. Hehehe. Bukanlah tak silap abah itu Muzium.

Ok...abah tipu je abah bukan naik helikopter tapi naik menda alah ni iaitu Menara Taming Sari. Anda dapat pemandangan yang cukup menarik sekitar Melaka seperti gambar-gambar yang abah snap di atas tadi.

Dataran Pahlawan..Banyak pahlawan kat sini. Ok abah tipu lagi!hehehe..Kaum wanita sukalah kalau ke sini. Shopping!

Antara tempat lain yang menarik yang boleh dikunjungi di Melaka adalah:
a) Zoo Melaka
b) Taman Buaya Melaka
c) Taman Rama-Rama
d) Kampung Buku Malaysia Melaka
e) Taman Mini Malaysia
f) Hutan Rekreasi Sungai Udang
g) Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
h) Tanjung Tuan (Cape Rachado)
i) Tasik Ayer Keroh
j) Kolam Air Panas Gadek
k) Menaiki Beca dan Kereta Lembu

Maklumat lanjut mengenai tempat menarik di Melaka sila kunjungi Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. 

Untuk penginapan hotel di Melaka, anda boleh semak harga dan tempah hotel di Booking.com . Terdapat 63 hotel di pamerkan di situ.

Banyak kan tempat menarik. Tapi bukan semua tempat abah dah pergi. Mungkin di lain hari pula. Kalau pergi sekaligus nanti lain kali dah tak seronok pula nak pergi. Mungkin pergi kali ke lima atau keenam pula agaknya baru complete semua tempat.

Petang tu dalam pukul enam abah hantar adik di rumah sewanya dan terus pulang ke Selayang. Selamat menjalani latihan praktikal wahai adikku.

Cuti-cuti Malaysia...

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates