Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 5, 2011

30 Abah Khalisha peminat Boboiboy


Ini betul-betul pengakuan berani mati punya! Abah antara peminat cilik yang begitu meminati animasi terbaru di Malaysia selepas Upin dan Ipin iaitu BoboiBoy.

Comelkan mereka, lihat sajalah gambar di atas tu. Gelagat comel mereka menyebabkan abah tertarik untuk menonton siri mereka. Tapi yang abah panasnya kenapalah TV3 asyik ulang episod yang sama?

Peminat-peminat begitu ternanti-nantikan aksi BoboiBoy dan kawan-kawannya yang mendapat kuasa untuk menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak.

Hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd. ini memaparkan konsep 1 Malaysia juga tau. Mana tidaknya BoBoiBoy anak melayu, Gopal anak india, Ying anak cina dan Yaya anak melayu.

Perisian yang mereka gunakan adalah Adobe Photoshop, After Effects, Premiere, Autodesk Maya 3D dan Apple Logic Pro untuk melancarkan proses pembikinan siri animasi 3D BoBoiBoy ini.

Lebih membanggakan lagi ramai peminat daripada Filipina dan Singapore meminati animasi ini. Tahniah dan syabas buat crew-crew BoboiBoy!
Errr..ada sape-sape nak join abah jadi fan tua Kelab BoboiBoy?hehehe

Lagi cerita pasal BoboiBoy di Kosmo.

30 comments:

  1. saya!saya!saya minat sgt!hehehe...anak anak pun same :)

    ReplyDelete
  2. anak sy peminta setia cite ni..sehari ulang tyg 100x kali pon x bosan!

    ReplyDelete
  3. anak2 sy blom kenai boboiboy ni lagi ...dok layan upin lagi

    ReplyDelete
  4. my kids tak berapa minat boboiboy ni...
    so amat jarang lah tengok raancangan ni kat tv...

    ReplyDelete
  5. terbaekkkk abah, sambil teman anak2 tgk, ibu bapa pon terjebak sama hehehhe

    ReplyDelete
  6. anak sya minat sangat boiboiboi,terbaekkkkkkk

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah tengok plak.
    boboi dan gegurl pernah tengok.heheh

    ReplyDelete
  8. aku tak pernah tengok lagi katun ni..ramai cakap best dan comel..:)

    ReplyDelete
  9. anak saya minat.
    tapi asik ulangan jek nape yek...

    ReplyDelete
  10. itu lah pasal...duk ulang je nape entah

    ReplyDelete
  11. saya seisi keluarga suka tgk kartun ni sampai dah boleh hafal skrip kartun tu..terbaek..

    ReplyDelete
  12. bangga sbb hasil tempatan yg advance kan...

    anak sya pun suke sgt!

    ReplyDelete
  13. lagi best dr upin ipin la!

    ReplyDelete
  14. Tak pe.
    ramai org dewasa yang minat kartun.
    tak salah pun.
    Kalau komik manga jepun dengan anime jepun tu kan ramai yang tahap atuk budak pun minat lagi.

    ReplyDelete
  15. abah dan ayu sama2 suka kartun yang sama...
    chopppp!!
    adakah abah khalisha juga peminat doremon????
    jeng2

    ReplyDelete
  16. Anak2 saya pun minat giler ngan kartun boboiboy ni..tumpang sekaki tengok...

    ReplyDelete
  17. anak buah ana minat gila!
    x abes2 dok ckp boboiboy je..hehe



    luv,
    cik ana :)

    ReplyDelete
  18. saya yang besar panjang mcm ni pun suke tengok cerita animasi ni.. ehehe

    ReplyDelete
  19. minat jugah abah.. citer ni tak ganas.. tp comel kan?? hahaha

    ReplyDelete
  20. betul jugak eh, kenapa tv3 asyik ulang ep yang sama..eh, aku pun terkantoi minat katon ni,hahaha.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates