Ini betul-betul pengakuan berani mati punya! Abah antara peminat cilik yang begitu meminati animasi terbaru di Malaysia selepas Upin dan Ipin iaitu BoboiBoy.
Comelkan mereka, lihat sajalah gambar di atas tu. Gelagat comel mereka menyebabkan abah tertarik untuk menonton siri mereka. Tapi yang abah panasnya kenapalah TV3 asyik ulang episod yang sama?
Peminat-peminat begitu ternanti-nantikan aksi BoboiBoy dan kawan-kawannya yang mendapat kuasa untuk menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak.
Hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd. ini memaparkan konsep 1 Malaysia juga tau. Mana tidaknya BoBoiBoy anak melayu, Gopal anak india, Ying anak cina dan Yaya anak melayu.
Perisian yang mereka gunakan adalah Adobe Photoshop, After Effects, Premiere, Autodesk Maya 3D dan Apple Logic Pro untuk melancarkan proses pembikinan siri animasi 3D BoBoiBoy ini.
Lebih membanggakan lagi ramai peminat daripada Filipina dan Singapore meminati animasi ini. Tahniah dan syabas buat crew-crew BoboiBoy!
Errr..ada sape-sape nak join abah jadi fan tua Kelab BoboiBoy?hehehe
Lagi cerita pasal BoboiBoy di Kosmo.




