Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti malaysia. Show all posts

Monday, December 12, 2011

15 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Bercuti Panjang

Hujung tahun tiba lagi!


Memang menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia bila tiba hujung tahun mereka pasti akan bercuti panjang samada pergi melancong ataupun balik ke rumah ibu bapa.

Almaklumlah Air Asia kan ada buat promotion last year so ramai yang bercuti hujung tahun ni. Harga tiket murahkan booking awal-awal.

Sebelum kita bercuti panjang perlulah kita menitiberatkan perkara ini:-
a) Kerja-kerja office perlu diselesaikan sebelum bercuti. Hand over kerja kepada rakan sekerja jika ada yang perlu follow up.
b) Pastikan kepala gas dicabut, paip air utama ditutup, pintu di kunci.
e) Buat list barang yang perlu dibawa untuk bercuti atau pulang ke kampung. 
c) Simpan sedikit duit untuk kegunaan selepas bercuti panjang.
d) Inform kepada jiran-jiran/ management office bahawa anda akan bercuti. 
e) jangan lupa inform ibu bapa anda bahawa anda akan bercuti panjang. Bukan apa takut itu merupakan final destination anda. Atleast sempat minta ampun dan maaf.
f) Better inform balai polis terdekat mengenai perkara ini agar mereka dapat melakukan rondaan di kawasan rumah anda.
g) Servis kenderaan sekiranya bercuti menaiki kenderaan sendiri. Kalau naik Air Asia biar mekanik depa yang servis.
h) Last but not least, berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin.InsyaAllah...

Selamat bercuti kepada mereka yang akan bercuti! Ingat bawalah goddies sikit untuk bebudak offices, relatives, families,jiran-jiran..hehehe.

Thursday, December 8, 2011

6 Tempat-Tempat Menarik di Melaka

Musim cuti sekolah tiba lagi!
Ke mana destinasi percutian anda dan keluarga?

BACA: Jalan Alternatif ke Cameron Highlands


 

Jika di dalam Malaysia, Melaka adalah negeri yang yang mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Malah ramai di kalangan kita tidak jemu untuk berkunjung semula ke Melaka walaupun pernah ke sana.

BACA: Lebih 30 Tahun Tinggal di Salur Pembentung


AK sendiri pun sudah empat kali ke Melaka tapi belum semua tempat sempat untuk dikunjungi. Jom kita tengok senarai tempat-tempat yang menarik di Negeri Melaka yang boleh dilawati.

Lokasi Yang Mempunyai Nilai Sejarah
  • Perkampungan Portugis
  • Kota A' Famosa
  • Pulau Besar
  • Perigi Hang Tuah
  • Perigi Hang Li Po
  • Makam Hang Tuah
  • Makam Hang Jebat
  • Makam Hang Kasturi
  • Makam Tun Teja
  • Perkuburan Belanda
  • Pancuran Air Ratu Victoria
  • Bukit St. John
  • Perkuburan British
  • Makam Dol Said
  • Batu Megalith
  • Kota Belanda
  • Replika Keris
Lokasi Untuk Rekreasi   

      • Zoo Melaka
      • Taman Buaya Melaka
      • Melaka River Cruise
      • Taman Rama-rama & Reptilia 
      • Taman Mini Malaysia & Taman Mini ASEAN
      • Kampung Buku Malaysia
      • Kompleks Falak Al-Khawarizmi
      • Taman Botanikal Melaka
      • Hutan Rekreasi Sungai Udang
      • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
      • Tanjung Tuan (Cape Rachado)
      • Tasik Ayer Keroh
      • Kolam Air Panas Gadek
      • Menaiki Beca
      • Menaiki Kereta Lembu
      • Menara Taming Sari
Permandangan dari dalam Menara Taming Sari

Terbaru tempat yang menarik boleh dilawati adalah Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia yang terletak di Pantai Klebang, Melaka.

BACA: Pameran Kereta Atau Pameran Wanita Seksi

Wah! Banyak betul tempat-tempat menarik di Melaka, satu hari pun memang tak cukup untuk dilawati.

Suka membeli belah? Tempat ni AK cadangkan anda iaitu Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Semoga informasi yang AK berikan berguna kepada mereka yang baru bercadang untuk pergi, telah pergi dan ingin pergi ke Melaka.


Monday, October 3, 2011

15 Tempahlah hotel melalui Booking.com, anda pasti puas!

Anda ada merancang untuk melancong hujung tahun ini? Sudah kenal pasti lokasi bercuti? Sudah tahu di mana tempat untuk menginap?

Abah sarankan anda menggunakan Booking.com sebagai tool pencarian hotel penginapan anda. Kenapa Booking.com?

  • Terdapat 167,410 hotel di seluruh dunia
  • Menawarkan penjimatan sehingga  75%
  • Tidak dikenakan sebarang cas

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah perlu register akaun dan mulakan pencarian. Anda boleh booking hotel mengikut tarikh anda. 

Daripada hotel satu bintang sehingga lima bintang ada di tawarkan.

Abah pernah guna ke Booking.com? Mestilah abah pernah guna semasa pergi holiday ke Singapore dan kerana itu abah cadangkan pada korang semua.

Nak bercuti di dalam Malaysia? Anda pasti dapat penginapan yang dalam budget. Tak percaya? Layari segera di Booking.com dan tengok apa kata anda!

21 Eyes of Malacca

Terkenal dengan warisan peninggalan sejarah, Melaka memang cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia malah turut dikenali di luar negara. Malahan itu, Melaka telah diiktiraf sebagai Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Sabtu yang lalu, abah dan keluarga telah ke Melaka untuk hantar adik abah yang baru sembuh akibat demam denggi. Abah cuma pergi balik hari sahaja. Selayang - Melaka pun dalam dua jam sahaja. 

Kalau diikutkan ini kali ketiga abah ke Melaka bandar bersejarah. Nampak begitu banyak perubahan dan pembangunan berlaku di Melaka sewajar dengan Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju pada 20 oktober 2010 yang lalu.

Sampai di Melaka abah ke Mydin. Fuh besar betul Mydin di Mek laka ni. Baru sahaja beroperasi, Mydin ini terletak berdekatan dengan bangunan MITC. Abah ke Mydin pun sebab adik nak beli barang dia.

Meh lah kita tengok gambar yang abah ambil ketika di udara iaitu semasa menaiki helikopter.

Itu Sungai Melaka. Di situ anda boleh menaiki Melaka River Cruise. Pelayaran sejauh 9km membolehkan anda meyaksikan pemandangan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan pelbagai lagi pemandangan yang menarik. Tapi dari udara ni tak nampak sangatlah apa yang menarik tu.hehehe..

 Lihatlah pembangunan yang begitu pesat membangun di Melaka ini.

 Errr...tak tau nak tulis apa yang ni. Korang komen sendiri.

Parking pun tak mencukupi. Ingat ye kalau anda ke Melaka pastikan anda membeli kupon parking. Nanti kena saman pula.

Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memang cukup luar megamall ini. Keddai-kedai di dalamnya abah perhatikan nak sama taraf dekat KLCC dah.


 Kapal tersadai. Hehehe. Bukanlah tak silap abah itu Muzium.

Ok...abah tipu je abah bukan naik helikopter tapi naik menda alah ni iaitu Menara Taming Sari. Anda dapat pemandangan yang cukup menarik sekitar Melaka seperti gambar-gambar yang abah snap di atas tadi.

Dataran Pahlawan..Banyak pahlawan kat sini. Ok abah tipu lagi!hehehe..Kaum wanita sukalah kalau ke sini. Shopping!

Antara tempat lain yang menarik yang boleh dikunjungi di Melaka adalah:
a) Zoo Melaka
b) Taman Buaya Melaka
c) Taman Rama-Rama
d) Kampung Buku Malaysia Melaka
e) Taman Mini Malaysia
f) Hutan Rekreasi Sungai Udang
g) Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
h) Tanjung Tuan (Cape Rachado)
i) Tasik Ayer Keroh
j) Kolam Air Panas Gadek
k) Menaiki Beca dan Kereta Lembu

Maklumat lanjut mengenai tempat menarik di Melaka sila kunjungi Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. 

Untuk penginapan hotel di Melaka, anda boleh semak harga dan tempah hotel di Booking.com . Terdapat 63 hotel di pamerkan di situ.

Banyak kan tempat menarik. Tapi bukan semua tempat abah dah pergi. Mungkin di lain hari pula. Kalau pergi sekaligus nanti lain kali dah tak seronok pula nak pergi. Mungkin pergi kali ke lima atau keenam pula agaknya baru complete semua tempat.

Petang tu dalam pukul enam abah hantar adik di rumah sewanya dan terus pulang ke Selayang. Selamat menjalani latihan praktikal wahai adikku.

Cuti-cuti Malaysia...

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates