Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 27, 2012

8 Jalan Alternatif ke Cameron Highlands

Cuti sekolah sudah lama bermula, AK pasti banyak juga office yang kosong kerana ini peluang ibu bapa membawa anak-anak bercuti.

Di Malaysia antara tempat-tempat menarik untuk dilawati adalah Melaka, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, I-City Waterworld, Sunway Lagoon dan banyak lagi tempat. Mungkin di luar negara yang berdekatan menjadi pilihan adalah Singapura, Bandung Indonesia, Krabi Islands Thailand, Brunei.

AK pasti Cameron Highlands juga menjadi salah satu lokasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti bersama keluarga.

Tahu Jalan Alternatif ke Cameron Highlands?

Jika anda tinggal di area Kuala Lumpur ataupun Pahang AK mencadangkan anda untuk menggunakan satu lagi jalan alternatif ke Cameron Highlands selain melalui Tapah atau Simpang Pulai iaitu melalui Bentong, Pahang.

AK pasti ramai yang tidak tahu dan tidak pasti mengenai jalan alternatif yang melalui Bentong dan Raub ini. Hal ini kerana jalan ini baru digunakan tidak sampai 2 tahun lagi.

Secara ringkasnya perjalanan ke Cameron Highlands adalah seperti berikut.

Kuala Lumpur --> Bentong --> Bandar Raub --> Sg. Koyan --> Ringlet --> Tanah Rata


Peta jalan alternatif ke Cameron Highland melalui Bentong dan Raub.

Jika dari Kuala Lumpur pastikan anda exit di persimpangan Bentong selepas tol Bentong


Dari Bentong pastikan anda menuju ke Raub dan menuju ke Sg. Koyan


Jika anda ternampak signboard ini, maknanya memang anda dah sampai






Malah masa perjalanan juga dapat dipendekkan antara 3 jam - 3 jam 30 minit bergantung kepada kelajuan panduan. AK dah melalui kawasan ini sebanyak 2 kali. 

BACAAktif Bersenam Pintar Matematik

Melalui jalan alternatif ini, anda hanya dikenakan tol sebanyak RM8 sahaja iaitu RM5 di tol Gombak dan RM3 di tol Bentong.

Jalan masuk ke Cameron Highlands dari Sg. Koyan tu lebih kurang macam di Simpang Pulai. Nasihat AK adalah jangan pandu terlalu laju ketika waktu hujan!

Masa Perjalanan Yang Dicadangkan

Jika anda ingin pergi dan balik hari, AK cadangkan anda gerak selepas Subuh dan boleh sampai di atas sebelum tengahari. Banyak sikit masa nak berjalan-jalan di sana.

Pesan AK cuma berhati-hati di jalan raya dan selamat bercuti!

Jangan lupa like page fb abah khalisha


8 comments:

  1. saya kat rumah je time cuti ni.. malas nak bercuti bila si kembar asyik merengek

    ReplyDelete
  2. @syiela ada anak kecik mmg susah sikit nak berjalan..lebih-lebih lagi kembar.hehehe

    ReplyDelete
  3. thanks for info, mmg plan march nex yr nk g cameron pun, slalu dr kuantan ke karak, lalu bentong kali ke tg malim, pastu baru ke cameron tp lama benor, penat dlm kete....

    nnt nk try jln br ni la pulak...hhi

    ReplyDelete
  4. @Ida Mohd Ali ok..hati-hati dan selamat bercuti ye.nanti cerita pengalaman anda

    ReplyDelete
  5. y penah ke cameron jam giler sepanjang jln.. stress.. kalau lah sy tau jln nih dgn lebih awal..huhuhu

    ReplyDelete
  6. tq untuk info ni.. dah tahu dah sebenarnya jalan ni, dengar ari cerita housemate dulu yang selalu ke sana :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates