Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 19, 2011

11 Santai @ Krabi Island

Seronok sekali sekala kalau dapat bercuti, boleh release tension bekerja. So pada  2-5 Julai yang lalu abah dan keluarga mertua berkesempatan ke Selatan Thailand. Kami ke sana menaiki ALZA.


Tujuan utama adalah melawat sanak saudara disana, tapi abang ipar beria-ria nak ke Krabi Island, so follow je. Boleh tengok pantai orang.

Di Krabi Island kami menginap di BEST WESTERN Ban Ao Nang Resort dengan harga RM130 satu bilik selama 3 hari dua malam. Murah tak? Itu tolak makanan malam dan tengahari. Sedara ada kenalan bekerja di resort ni dan leh tolong dengan tolak makanan hotel tu.


Hotel ni ada menyediakan makanan halal tapi (suspens ni...sila baca lagi)Sarapan pagi je kami ambik tapi tak pergi pun sarapan sebab tengok kat menu ada tulis Pork(kerbau pendek) goreng lah, masak pedas lah.hehehe..

Dalam kepala otak kami mesti diorg guna periuk dan kuali yang sama, betul tak? Tipulah kalau asing guna perkakasan tu masak memasak.hehehe.


Sana senang nak cari makanan halal sebab ramai orang islam, 'dugong putih'(mat salleh) pun kurang so abah kurang lah cuci mata.hehehe..kurang dosa.

Ok lupakan pasal tu, jom layan gambar di Krabi Island.

 Amacam cantik tak Pantai di Krabi Island ni?

Ha ni namanya Kubur Kepah. Dalam masa beribu-ribu tahun dulu banyak kepah yang datang ke sini dan mati disini. Dari jauh seolah-olah macam pasir tapi dah jadi macam simen tapi sebenarnya kulit kepah.

Lagi gambar Pantai di Krabi Island..sejuk je mata memandangkan

Ni lah tempat penginapan kami, BEST WESTERN Ban Ao Nang Resort

Hot Spring. Serius air terjun ni memang panas..kenapa panas? abah pun tak tahu, nak kata ada gunung berapi takde pula. Kuasa Allah. Ni gambar Ibu mertua ku bersama sepupu siam,  nak rendam kaki bagi darah jalan lancar. Petang tu laju je dia jalan tepi-tepi pantai.hehehe.

Ni gambar kami sekeluarga bersama sorang saudara Siam, sorang lagi tangkap gambar. Teka sendirilah mana satu gambar abah khalisha..hehehe.


Nasib baiklah ada saudara wife kami yang tinggal di Yala sudi ikut kami, so diaorglah yang jadi tourist guide kami. Negeri di selatan Thai diorg leh cakap ala-ala Kelantan. Tapi di Krabi dah menghala ke utara, so diaorg cuma pandai bahasa siam sahaja.

Terasa nak pergi?


Anda ada 2 pilihan nak ke sana samada melalui pengangkutan udara ataupun darat. Untuk pengangkutan udara nek je Air Asia. 

Kalau korang ada duit lebih nek je Air Asia ke Krabi Island takdelah bengkak bontot nek kereta. Lama wooo..nak tau berapa jauh google map lah sendiri dan fikirlah nak pergi nek kereta atau flight. Wokeh! 

Nak join GENG ABAH?

11 comments:

  1. wahhh beshnyer ...camner nak pi saner tu...wah pantang aii nikh sumer nak pi...huhuhu

    ReplyDelete
  2. waa ieda suke gi hot sping, teringin nak try versi air terjun...

    ReplyDelete
  3. x pernah pergi hot spring... tringin sgt :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah lepas masuk siam lagi...takat bukit kayu hitam saja...

    ReplyDelete
  5. terasa rugi pulak x ikut kak ngah pegi hari tu =='

    ReplyDelete
  6. Wah jenjalan nampaknyer..tak kisahla naik apa..semua bergantung kt poket sendiri..apa yg penting makan angin... saya teringin nak pergi Phuket tapi Husband ckp nanti asyik tengok org naked jer mmgla pantai cantik..Coz nak bwk anak-anakkan? Aduiih tak tau la mana nak pergi dgn budget yg ciput.. Ish sorry la yer panjang pulak komen.. best blog abah ni..syahdu sket coz abah saya dah tak aderrr..hua...

    ReplyDelete
  7. wah.. besnye. bilalah agaknya ketam batu dapat pegi sane...

    ReplyDelete
  8. pantai ni mmg cantik..bos suami sy suka pegi..snorkling

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates