Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 20, 2011

15 Bagaimana mendapatkan bantuan PLUSRONDA?

Pernahkah anda terfikir tiba-tiba anda terkandas di lebuhraya PLUS disebabkan oleh bateri kereta yang lemah atau tayar pancit mahupun masalah enjin? Apa yang perlu anda lakukan? Almaklumlah tak lama lagi dah nak puasa dan raya Aidilfitri pun bakal menjelang tiba.

Alhamdulillah selama perjalanan abah ke Penang(rumah mertua) setelah 2 tahun berumahtangga, abah tak pernah lagi mengalami apa-apa masalah disepanjang perjalanan. Harap-harapnya sentiasa baik untuk akan datang.


So, harini abah nak kongsikan cara bagaimana mendapatkan bantuan PLUSRonda setelah abah membaca majalah Kembara PLUS. Abah ambik sumber daripada PLUS sendiri ok. Ingat ye ini khas untuk highway PLUS sahaja.

Bantuan PLUSRonda boleh diperolehi dengan :- 
a) Menerusi Telefon Kecemasan
Biasanya telefon-telefon kecemasan ini disediakan di setiap 2 kilometer di sepanjang lebuh raya PLUS. Telefon yang berwarna jingga ini membolehkan pihak PLUS mengesan lokasi anda. So tak perlu risau lah kalau anda tidak tahu di mana anda berada waktu tu.

Cara menggunakan Telefon Kecemasan adalah:
1) Tarik Tombol ke bawah
2) Tunggu jawapan daripada PLUS
3) Bercakap dengan jelas dan sertakan maklumat berikut:-
   - Jenis kenderaan / warna/ no pendaftaran
   - Jenis-jenis kerosakan

b) Menerusi PLUSLine (1800 88 0000)
Talian ini beroperasi 24 jam setiap hari dan akan disambungkan terus ke Pusat Kawalan Trafik PLUS untuk tindakan lanjut.

Untuk makluman korang, PLUSRonda terdiri daripada 180 pasukan yang mengadakan rondaan dilebuhraya  24-jam setiap hari bagi membantu pengguna lebuhraya yang menghadapi masalah di lebuhraya.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
a) Perkhidmatan tunda kenderaan ringan ke kawasan selamat yang berdekatan
b) Membantu membaiki kerosakan kecil
c) Pengurusan trafik 
d) dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya

dan perkhidmatan PLUSRonda ini adalah PERCUMA untuk pengguna lebuh raya.

Abah harap perkongsian abah hari ini dapat dimanfaatkan bersama dan korang dah tahu apa yang perlu dilakukan jika terkandas di lebuhraya PLUS. 

Nak join GENG ABAH?

15 comments:

  1. xpnh skali pon try pkai telepon kt h.way tu huhuhuh

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. tak pernah tahu pun sblm ni :)

    ReplyDelete
  3. good info..
    dulu pun tak tau yg kotak oren tepi hiway tu sebenarnya telefon kecemasan PLUS

    ReplyDelete
  4. info bagus ni..

    tp Alhamdulillah selama perjanalan dari Kl- Kel tak pernah alami masalah pada kereta...

    tp memang yea, tak pernah guna telefon kecemasan kat highway pun

    ReplyDelete
  5. info yang menarik dan berguna!

    ReplyDelete
  6. taktau pun tentang ni sblm ni.. thanks..

    ReplyDelete
  7. mekacih abah. tips berguna ni. selalu lalu kat highway..just nengok jek tipon tu...

    ReplyDelete
  8. xpnh ag try guna hp tu..huuh..

    p/s: abah!! tahniah,anda berjaya buat~~

    ReplyDelete
  9. bagus la info abah ni..ni sebulan lebih lagi dah nak raya..lagi banyak kenderaan yg akan gunakan highway..ramai yg memerlukan perkhidmatan abah nanti..

    ReplyDelete
  10. bagus lah info abah...=) hik3...stakat nih lek kg nek bus jek..hik3, bagus untuk pengetahuan..=)

    ReplyDelete
  11. wow..byk nye info..sgt bguna, hehe.. :)

    ReplyDelete
  12. hmm..xpenah guna telefon tu..harap2 tak guna la kan..risau jugak pe2 jadi kat lebuh rye tu..tp ade yg tolong..plus mmg best

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates