Special khusus buat si suami yang cukup berat mulut untuk mengucapkan kata cinta pada isteri, sila baca perkara dibawah ini!
Abah cuba kongsikan apa yang abah baca dalam Majalah Wanita yang wife abah beli masa bulan Mac 2011 lepas.
1. Hiburkan hati
Jika isteri yang jarang sekali mendengar kalimah “ Aku cinta padamu” dan dengan tetiba suami melafazkannya, pasti hati isteri akan berbunga-bunga. Abah selalu lafazkan setiap kali ibu turun daripada kereta untuk ke tempat kerjanya.
2. Peluang takkan datang selalu
Suami luahkanlah perasaanmu kerana kita tidak tahu esok masih ada atau tidak. Walaupun ada cerita James Bond “ Tomorrow Never Dies” namun kita tetap kan mati juga. So, luahkanlah selama punya peluang itu ada untuk berbuat demikian.
3. Rasa tenang
Dengan lafaz “ Abang sayangkan awak” mampu membuatkan isteri berasa cukup tenang kerana dia tahu akan perasaanmu.
4. Kalimat pemanasan
Ha yang ni best! Ucapan sayang dan cinta mampu menjadi pemula anda untuk ‘belayar’ sepanjang malam.
5. Segarkan hubungan yang dingin
Kadang-kadang akan timbul perasaan bosan dengan pasangan, namun dengan lafaz cinta mampu menyegarkan kembali perasaan itu.
6. Meleraikan perselisihan faham
Jika anda bergaduh lafazkan kata cinta kepadanya! Nescaya sejuk lah hatinya. Kalau tak sejuk juga, ambik kunci motor pergi lepak kedai mamak.
7. Melindungi
Kalimat ‘sakti’ ini mampu membuatkan isteri merasa dilindungi. Siapa lagi yang nak lindungi dia jika bukan suami iaitu anda sendiri.
8. Ingin memperoleh sesuatu
Ini juga merupakan taktik suami untuk mendapatkan sesuatu yang ada pada isteri dan tiada padanya.hehehe..pikir sendirilah ye apa maksud abah ni.
So ini adalah alasan untuk anda meluahkan rasa cinta anda buat isteri tercinta. Jangan cari alasan untuk dijadikan alasan! Semalam peluk puas-puas isteri.hehehe..tp dia 'angkat bendera merah'.Cuti!
ngeh3x..
ReplyDeletenanti bg huby saya baca
ReplyDeletealaa hubby kite xbce la..lumrahnye lelaki mne amk kisah sgt bnde2 cmni..hmm so cmne plak bg isteri yg berhadapn dgn suami yg berat mulut sgt cm2?biasany si isteri je yg rjn amk taw,,bce2 tips mcm ni..suami??hampehh..mhal sgt ugkpnnye 2..;p
ReplyDeletetq abah coz sharing dis info! nnt nk soh hubby kter baca ler..hihihi
ReplyDeletemmg ada suami jenis berat mulut, tapi takpelah..terima kekurangan yg sikit tu. Asalkan t/jwb hakiki dipenuhi.
ReplyDeleteJgn berat tulang..malas kerja sudah le..
Ujie > Ya betul tu! abah setuju sangat..tp mesti isteri nak juga kata-kata cinta..setahun sekali pun tkpe lah kalau dah berat mulut sangat kan
ReplyDeletenanti Cik Kuntum kawen Cik Kuntum suruh incik suami baca neh tehehe
ReplyDelete