Restoran TUUU…..DIA PAK TAM dengan trademarknya “sedap bagitau kawan, tak sedap bagitau pak tam” telah mula membuat promosi gempak bermula 15 Julai sehingga 31 Julai 2011.
Ini bukan main-main ya, memang nama Restoran TUUU…DIA PAK TAM.
TUUU…DIA PAK TAM tak sempat apa-apa lagi dah buat promosi pakej buffet Ramadhan sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal kunjung tiba tak lama lagi.
Semalam lepas waktu kerja, abah ke Restoran TUU…. DIA PAK TAM untuk membeli rojak buat isteri tersayang. Abah pula tapau nasi kosong je pasal abah dah masak ayam masak pedas semalam, simpan dalam peti ais dan balik panas kan je. Buat Nur Iman pula abah memang dah masakkan sup ayam special punya.
Promosi Gempak ini hanya untuk 1-5 Ramadhan sahaja dengan harga untuk dewasa RM9.90 manakala kanak yang berumur 5 tahun ke atas dikenakan RM6.90 sahaja.
Selepas 5 Ramadhan, harga buffet adalah RM15.90 bagi dewasa dan RM10.90 bagi kanak-kanak.
So, abah pun tanpa berlengah lagi membeli dua kupon khas untuk berbuka puasa bersama isteri tersayang. Ada lebih 150 jenis makanan disediakan, tambahan pula abah masih baru di Selayang ni, itu sebab nak try buffet di TUU….DIA PAK TAM.
Tahun lepas kami ada berbuka buffet di Bangi dan di Restoran Nelayan di Taman Tasik Titiwangsa. Memang cukup puas hati, lepas solat Maghrib sambung lagi makan. Tahun lepas Nur Iman Khalisha kecik lagi senang nak jaga sekarang ni aktif sangat. Pening abah!
Abah plan nak berbuka di Restoran Nelayan lagi tahun ni kalau ada rezeki, 5 -7 Julai 2011 abah akan balik Kuantan, Pahang untuk berbuka dan bersahur bersama ibunda dan keluarga tersayang. Ayah abah dah masuk tiga tahun pergi selamanya. Al-Fatihah buat beliau.
Berbalik semula pada promosi restoran TUUU….DIA PAK TAM, kalau ada pembaca yang tinggal berdekatan Selayang atau Rawang dan nak buffet murah ini bolehlah menghubungi 03-61388388/012-2944232.
Restoran TUUU…DIA PAK TAM
No.3,5,7 Jalan 2/10 Datara Templer
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Senang cite, restoran ni berdekatan dengan Stadium Selayang.
Restoran TUUU…DIA PAK TAM tak bagi pun apa-apa pun untuk promosi abah ni, abah anggap sedekah promosi je lah.
Tak sabar nak tunggu bulan mulia Bulan Ramadhan.
kat bangunan mara pun ade pak tam ni..
ReplyDeletePROMO,PROMO
ReplyDeleteMRs. Eady >>ada eh Pak Tam kt tmpt len..tk tau plak abah..hehehe..paal tk penah jupa kt tmpt len..mekasih bgtau
ReplyDeleteKita pernah jugak pergi situ..lauk macam-macam la..Okla.. Tak dak lebih ka Kupon tu?? Keh..keh
ReplyDeleteSedap ke masakan dia?
ReplyDeletenot bad..sedap makan diorg masak
ReplyDeleteHarga mahal x patut dgn mknan.. Bkn nk komplen tp org slyg x mkn sini.. Sesekali pegi kena ketuk
ReplyDelete