WASHINGTON: Gambar asal yang jarang ditemui ketika kapal Titanic yang karam akibat melanggar bongkah air di Lautan Atlantik Utara pada 1912 dijadual dilelong, bulan depan.
Firma pelelong RRAuction of Amherst, dari New Hampshire dalam laman webnya hari ini berkata, bongkah ais setinggi menara itu dirakamkan menerusi imej hitem putih adalah mirip lakaran yang dibuat dua anak kapal selepas tragedi itu.
Gambar berkenaan dirakam oleh W.F. Wood, kapten sebuah lagi kapal - Etonian - dua hari selepas kejadian yang menyayat hati itu.
“Gambar itu menunjukkan bongkah ais yang amat tinggi dan membawa kemusnahan yang dahsyat," kata syarikat pelelong terbabit.
Gambar asli itu dijangka dilelong antara AS$8,000 hingga AS$10,000 mulai 13 hingga 16 Disember ini.
Titanic karam dalam pelayaran sulungnya dari Southampton, England ke New York, apabila kapal persiaran gergasi itu bertembung dengan bongkah ais padam alam 14 April 1912.
Kapal itu karam kurang tiga jam selepas ini dengan mengorbankan 1,500 nyawa. - AFP
Untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan titanic anda boleh ke website www.cbsnews.com
sumber: Berita Harian
abah.... nnt LIKE page saya k.... http://www.facebook.com/pages/My-Sweetheart-Outlet/400990959963075?ref=hl
ReplyDeletethanks... :)
walau di sebut lelong harga mmg tinggi
ReplyDelete