Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 8, 2011

2 Once Upon a Time in Pulau Langkawi


Indah sungguh Langkawi...

Bila bercakap mengenai Langkawi sudah pasti kita akan teringat dengan lagenda sumpah Mahsuri 7 Keturunan. Pulau Langkawi yang terletak dalam negeri Kedah Darul Aman tidak pernah sunyi dengan kunjungan orang ramai tidak kira daripada dalam Malaysia mahupun daripada luar negara. 

Actually ini adalah first time abah menjejak kaki di Pulau Langkawi, sebelum ini memang tiada kesempatan. Wife abah memang banyak kali dah ke Pulau Langkawi ini. 

Disebabkan ini adalah first experiance abah so abah kena berlagak macam orang tak teruja walhal dala hati fuyooooooooooo..aku berpijak di tanah yang terkenal dengan beras terbakar yakni Pulau Langkawi.

Kami ke Langkawi masa bulan Mac 2011 yang lalu, sebab tu tajuk pun once upon a time in Langkawi...Tapi tak banyak pictures yang abah snap.

Gayat semasa di jambatan gantung di atas kanopi hutan hujan. Actually hari dah petang so memang banyak kabus. Nak tengok suasana yang cukup indah tidak kesampaian.

Tengok abah yang paling excited! Almaklumlah first time jejak kaki di sini. Mak mertua, kakak ipar, wife memang dah dua atau tiga kali ke sini.

Kenangan di hadapan rumah Mahsuri. Ingat malam tu Mahsuri nak datang dalam mimpi abah rupanya tidak. 

Sila ke kanan untuk ke Telaga Mahsuri. Airnya cukup jernih dan sejuk. 

Sila tanggalkan kasut jika naik. Posing di tangga Terayak Sri Tama, Kediaman Panglima Hitam.

Buaian Mahsuri tak silap abah...Ramai juga yang masukkan duit dalam buaian tu. Mungkin niat derma kepada penjaga rumah Mahsuri.

Cukup serius! Bukan apa penat. Urat senyum abah sudah kehabisan tenaga...hehehe...

Cukup indah ciptaan Allah SWT. Semuanya terserah kepada manusia untuk memelihara segala ciptaan-Nya.

Kepada yang belum berpeluang ke Langkawi lagi abah kongsikan sedikit informasi mengenai Langkawi. 

Bagaimana hendak ke sana?
Anda boleh parkir kereta dan naik feri dari jeti Kuala Kuah,Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Selain itu anda boleh menggunakan pengangkutan udara iaitu Kapal Terbang di Kuala Lumpur ataupun di George Town Pulau Pinang. 
Tempat Menarik di Langkawi? 
1. Tanjung Rhu2.Pantai-pantai di Langkawi seperti Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.3. Tasik Dayang Bunting4. Taman Laut Pulau Payar Langkawi 5. Makam Mahsuri Langkawi6. Kampung Air Hangat7. Underwater World Langkawi8. Dataran Lang Langkawi 9. Telaga Tujuh dan beberapa tempat lagi. 
Untuk maklumat lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Langkawi anda boleh klik Langkawi Pages

Ada peminat coklat, gula-gula atau pinggan mangkuk? Langkawi adalah tempat terbaik untuk shopping coklat yang bermutu tinggi kerana Langkawi merupakan pulau yang berstatus bebas cukai pada tahun 1987.

Kering juga dompet abah hari itu sebab wife sibuk sangat nak beli pinggan mangkuk 1 set.



Senarai Hotel-Hotel di Langkawi
Andaman Resort Langkawi (04-959 1088)
Sheraton Langkawi Beach Resort (04-952 8000)
Tanjung Rhu (04-959 1091)
The Westin Langkawi (04-966 2020)
The Datai Hotel (o4-959 2500)

2 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates