Terkenal dengan warisan peninggalan sejarah, Melaka memang cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia malah turut dikenali di luar negara. Malahan itu, Melaka telah diiktiraf sebagai Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.
Sabtu yang lalu, abah dan keluarga telah ke Melaka untuk hantar adik abah yang baru sembuh akibat demam denggi. Abah cuma pergi balik hari sahaja. Selayang - Melaka pun dalam dua jam sahaja.
Kalau diikutkan ini kali ketiga abah ke Melaka bandar bersejarah. Nampak begitu banyak perubahan dan pembangunan berlaku di Melaka sewajar dengan Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju pada 20 oktober 2010 yang lalu.
Sampai di Melaka abah ke Mydin. Fuh besar betul Mydin di Mek laka ni. Baru sahaja beroperasi, Mydin ini terletak berdekatan dengan bangunan MITC. Abah ke Mydin pun sebab adik nak beli barang dia.
Meh lah kita tengok gambar yang abah ambil ketika di udara iaitu semasa menaiki helikopter.
Itu Sungai Melaka. Di situ anda boleh menaiki Melaka River Cruise. Pelayaran sejauh 9km membolehkan anda meyaksikan pemandangan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan pelbagai lagi pemandangan yang menarik. Tapi dari udara ni tak nampak sangatlah apa yang menarik tu.hehehe..
Lihatlah pembangunan yang begitu pesat membangun di Melaka ini.
Errr...tak tau nak tulis apa yang ni. Korang komen sendiri.
Parking pun tak mencukupi. Ingat ye kalau anda ke Melaka pastikan anda membeli kupon parking. Nanti kena saman pula.
Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memang cukup luar megamall ini. Keddai-kedai di dalamnya abah perhatikan nak sama taraf dekat KLCC dah.
Kapal tersadai. Hehehe. Bukanlah tak silap abah itu Muzium.
Ok...abah tipu je abah bukan naik helikopter tapi naik menda alah ni iaitu Menara Taming Sari. Anda dapat pemandangan yang cukup menarik sekitar Melaka seperti gambar-gambar yang abah snap di atas tadi.
Dataran Pahlawan..Banyak pahlawan kat sini. Ok abah tipu lagi!hehehe..Kaum wanita sukalah kalau ke sini. Shopping!
Antara tempat lain yang menarik yang boleh dikunjungi di Melaka adalah:
a) Zoo Melaka
b) Taman Buaya Melaka
c) Taman Rama-Rama
d) Kampung Buku Malaysia Melaka
e) Taman Mini Malaysia
f) Hutan Rekreasi Sungai Udang
g) Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
h) Tanjung Tuan (Cape Rachado)
i) Tasik Ayer Keroh
j) Kolam Air Panas Gadek
k) Menaiki Beca dan Kereta Lembu
Maklumat lanjut mengenai tempat menarik di Melaka sila kunjungi Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka.
Untuk penginapan hotel di Melaka, anda boleh semak harga dan tempah hotel di Booking.com . Terdapat 63 hotel di pamerkan di situ.
Banyak kan tempat menarik. Tapi bukan semua tempat abah dah pergi. Mungkin di lain hari pula. Kalau pergi sekaligus nanti lain kali dah tak seronok pula nak pergi. Mungkin pergi kali ke lima atau keenam pula agaknya baru complete semua tempat.
Petang tu dalam pukul enam abah hantar adik di rumah sewanya dan terus pulang ke Selayang. Selamat menjalani latihan praktikal wahai adikku.
Cuti-cuti Malaysia...