Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label sampah sarap. Show all posts
Showing posts with label sampah sarap. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

13 Tasik Ulu Yam Semakin Kotor

Tasik Ulu Yam cukup cantik!


Namun..


Manusia hanya suka menghayati keindahan alam semula jadi namun tidak pandai untuk menjaga dan memeliharanya. Apa buktinya?


Sabtu yang lalu abah dan keluarga bersarapan di Tasik Ulu Yam, Gombak. Nak tengok keindahan Tasik Ulu Yam boleh klik tajuk entri ini (Ceria Pagi di Ulu Yam, Gombak).


Inilah sikap rakyat Malaysia, suka membuang sampah. Nak berkelah ke makan ke tolonglah buang sampah atau sisa-sisa di dalam tong sampah yang disediakan.



Botol minuman dan plastik mengambil masa yang cukup lama untuk dileraikan.


Sudah minum berdua tak pandai nak buang! Ingat batang pokok kelapa ni tempat parking air ke?


Inilah sikap masyarakat kita..


Cantikkan Tasik Ulu Yam! Adakah generasi akan datang berpeluang melihat keindahan seperti ini jika masalah dan sikap masyarakat seperti di atas tidak diubah.


Nur Iman sempat menghayati keindahan Tasik Ulu Yam, namun bagaimana dengan anaknya nanti bila dia dah besar, cucunya dan generasi akan datang? Mari kita fikir-fikirkan...


Jesteru, marilah kita sama-sama didik anak-anak bermula dari rumah. Buang sampah hendaklah di dalam ---------------?


Pandai!

Thursday, November 3, 2011

30 Bodoh betul! Buanglah di tempat yang betul!

Tahukah anda dalam tempoh setahun, sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh rakyat Malaysia. Itu baru Malaysia, kalau satu dunia? Memang tak dapat abah bayangkan. 


Tapi abah bukan nak bercerita mengenai lambakan sampah tetapi lebih kepada sikap masyarakat yang suka membuang sampah sewenang-wenangnya.


Nak contoh? Lihat gambar dibawah.




Gambar ni abah tangkap masa abah ke Melaka pada bulan Oktober yang lalu iaitu di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall. 


Bang oi..dah lepas hisap rokok dan minum tu pandai-pandailah buang kotak dalam tong sampah! Itu pun tak reti ke? Bukannya di sekolah tidak di ajar dulu-dulu.


Cikgu : Anak murid, kita akan buang sampah di dalam ________?
Murid-Murid : Tong sampah cikgu!
Cikgu : Pandainya...


Dulu sekolah je pandai, dah besar bodoh!


Suka sangat buang sampah merata-rata. Hari minggu baru ni abah ada bawak Nur Iman Khalisha dan wife ke Taman Tasik Perdana, abah perhatikan sorang kanak-kanak ni membuang sampah di taman permainan sambil diperhatikan oleh ibu bapanya.


Ibu bapa sewajarnya menunjukkan contoh yang baik, tegur anak jika mereka suka membuang sampah merata-rata. Siapa lagi nak jaga kebersihan kalau bukan kita semua.


Ikutkan hati nak je sound, abah memang pantang kalau orang suka buang sampah merata-rata ni. Bukan sahaja mengotorkan pemandangan malah menyusahkan orang ramai.


Kalau dalam kereta, abah rela kotorkan dan penuhkan kereta dengan plastik atau kertas-kertas daripada dibuang dari tingkap kenderaan. Nanti stop kat mana-mana stesen minyak atau sampai rumah buang di tempat yang sepatutnya. Ini tidak ramai yang pakai campak macam tu je daripada tingkap kenderaan.


Orang kata melentuh buluh biar dari rebungnya, tapi kalau mak bapak sendiri yang suka buang sampah merata-rata, sendiri fikirlah!

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates