Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Nur Iman khalisha. Show all posts
Showing posts with label Nur Iman khalisha. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

4 Happy Birthday Nur Iman

Alhamdulillah hari ni genap 3 tahun umur Nur Iman Khalisha, anak abah.

Pejam celik-pejam celik kejap je dah besar.

Baru sorang ni pun banyak betul karenah, jenuh ibu dan abah nak melayan. Ini antara aksi-aksi Nur Iman dari baby sampai dah berusia 3 tahun ni.















Dah tiga tahun ni, dapatlah hadiah basikal colour pink. Almaklumlah perempuan katanya.hehehe..

Happy Birthday Nur Iman, abah doakan iman dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Besar nanti jadi anak yang solehah.Amin.


Wednesday, January 11, 2012

17 Wordless Wednesday : Robot Kid



Thursday, January 5, 2012

14 Lukisan Warna Pertama Nur Iman


Pada 27 December lalu macam biasa abah ambil Nur Iman lepas waktu kerja. Macam selalu juga Nur Iman akan minta susu, so abah pun ambik dalam beg dia. Tengok ada kertas, ingat surat pesanan ke, surat cinta untuk abah ke rupanya lukisan warna Nur Iman.

Abah cuba memahami apa maksud disebalik lukisan warna itu. Biasanya setiap lukisan akan ada maksud tertentu betul tak? Antara yang terlintas difikiran abah mengenai lukisan Nur Iman ni adalah:

a) Mungkin Nur Iman kesunyian dan memerlukan adik..hehehe..kena tambah anak ni, atau
b) Nur Iman memang taknak adik lagi sebab nak bermanja dengan abah dan ibu sepuasnya, atau
c) Dia tension duk kat nursery. Nak tidur pun susah sebab ramai kanak-kanak lain, atau
d) Marah dengan abah kot hari itu.hehehe

Abah seronok tengok perkembangan Nur Iman dan abah pasti setiap ibu dan bapa pun akan gembira melihat perkembangan positif anak mereka. Betul tak?

Kepada yang masih bujang belajar ye dari mereka yang berpengalaman ni!

Monday, December 12, 2011

12 Kudaku Lari Sempot-Sempot

Budak-budak memang tidak dapat dipisahkan dengan permainan. Ibarat irama dan lagu. Tanpa kanak-kanak siapalah permainan dan begitu juga sebaliknya.

Selain anak patung, bola, buku Nur Iman memiliki beberapa 'ekor' kuda. Meh abah perkenalkan kuda-kuda peliharaan Nur Iman.

Kuda yangsedang ditunggangi oleh Nur Iman tu adalah merupakan Kuda Rotan hadiah daripada kakak-kakak HR Department tingkat satu (RC) office abah.

Ini pula kuda plastik yang dibeli semasa kunjungan ke Yala, Thailand.

dan...yang ini pula...errrr..seksi-seksi. Abah pun dijadikan kuda mainan. Adeehhhh..anak punya pasal kuda pun kuda lah. Lenguh pinggang abah ditunggangi Nur Iman. Dia Syoklah..Ni semua Mak Ngah dia yang ajar!Sempot abah..

Jenuh melayan anak sorang ni. Kalau kembar tiga macam manalah? Bengkok belakang abah rasanya..


Sunday, December 11, 2011

15 Nur Iman Belajar Bertudung

"Abah Iman, belikanlah Nur Iman satu tudung, kat sini dia asyik nak pakai tudung kakak-kakak dia", kata Owner nursery Nur Iman masa hantar Nur Iman.

Abah pun ceritakan pada ibu dan ibu belikan tudung kanak-kanak Khamis yang lalu di pasar malam Selayang. Mahal juga tudung kanak-kanak ye, RM7.00 satu.

Tengoklah tu bergaya nombor 1 siap nak pakai spek mata hitam lagi

Macam senget je pakai tudung tu

Ada  gaya model cilik tak saya?


Rambut nampaklah Nur Iman, nanti suruh ibu belikan anak tudung pula ya

Budak-budak sekarang memang pandai sangat bergaya betul tak?

Friday, November 4, 2011

18 Cian Nur Iman dia demam

Kecian anak abah Nur Iman Khalisha duk merengek je masa abah hantar dia pergi nursery pagi tadi. Sayu je hati abah nak tinggalkan dia dalam keadaan macam tu. Tapi nak buat macam mana dah kerja makan gaji.

Malam tadi dah abah perasan kepala dia agak panas, so abah bangun dan tuamkan dengan air. Tadi dalam kereta pun dia tidur di pangkuan ibu, selalunya dia memang cukup aktif bila dalam kereta. Dek kerana tak sihat dia lebih suka membisu dan lelapkan mata.

Tengahari ni abah janji abah ambik Nur Iman dan bawak ke klinik jumpa doktor. Risau juga jika demam makin panas. Pagi tadi tidak terlalu panas. 

Macam manalah keadaan dia di nursery? Ciannya..tak dapat abah bayang macam manalah orang di nursery jaga. Dah lah bercampur dengan budak-budak yang lain.

Nasiblah kalau ibu dan bapa bekerja, kalau gaji abah besar dan je suh ibu berenti keje jaga Nur Iman. Tapi kehidupan hari ini mendesak ibu bekerja.

Abah harap demam anak abah akan kebah lagipun kita sekeluarga kan nak balik beraya di Kuantan. Tok Ma dan makcik-makcik nak jupa Nur Iman. Kuatkan semangat ya.

Abah janji akan dukung dan peluk Nur Iman sepuas-puasnya bila balik nanti...

Wednesday, November 2, 2011

30 Wordless Wednesday : Hi Semua...




Monday, October 10, 2011

37 Video Iman terpilih dalam Video Pilhan Nona

Sape ada tengok rancangan Nona semalam? Ada perasan tak video pilihan selepas video budak lelaki tolak  troli ada video Nur Iman ngah hisap botol susu sambil joget sikit dan kebetulan pula lagu yang terpasang kat radio.

Tak sangka pula video yang dihantar adik ke Nona terpilih dan disiarkan semalam. Meh tengok aksi Nur Iman semasa berusia 10 bulan kalau tak silap abah. Ni original video.

Kalau nak tengok yang nona korang boleh ke tonton.com.my


Untuk makluman semua, dalam rancangan Nona ada Segmen interaktif, iaitu ‘Video Pilihan’. Segmen ni  memberi peluang kepada penonton untuk menghantar video rakaman sendiri seperti gelagat anak-anak, percutian keluarga, gelagat binatang peliharaan dan lain-lain untuk berkongsi bersama. 

Yang bestntya hadiah bakal diberikan kepada pengirim yang menghantar video paling lucu dengan aksi menarik. So adik abah lah yang dapat..oooo..tak aci!

Wednesday, September 28, 2011

21 Wordless Wednesday : Gatal Punggung kot


Wednesday, September 21, 2011

26 Wordless Wednesday : Comelkah saya?


Friday, August 26, 2011

6 Tak dapat pakai tudung, baju pula dicubanya..

Kalau hari tu, Nur Iman sedaya upaya nak cuba pakai tudung kini dia berusaha untuk pakai baju kurung raya dia pula. 

Baju kurung Nur Iman untuk raya tahun ni sahaja ada empat pasang, semuanya Tok Ma dia buat. So kalau orang Kuantan nak tempah baju kurung ke, baju kebaya ke, boleh datang rumah mak abah di Bukit Sagu Kuantan. 

Harga memang murah compare dengan dekat bandar. Satu sekolah Bukit Goh kenal mak abah ni, pasal cikgu kat situ ramai yang tempah dengan mak abah.

Meh tengok aksi Nur Iman..


Friday, August 19, 2011

32 Teknik Baru Pakai Shawl


Mari kita tengok teknik pemakaian tudung yang betul...Errr..sebenarnya baru belajar ni.hehehe.

Meh lah kita saksikan aksi anak abah dalam sesi memakai tudung bagi kanak-kanak, pastikan kelajuan internet anda betul-betul power agar loading tidak terlalu lama, kalau pakai beruk band tu abah tak surelah ye.

Yang pastinya tak tau sampai bila baru leh siap pakai.hehehe

Layanzzzz

Kepada blogger yang berminat sahaja, Meh join! Nostalgia Lagu Raya dan ANDA!

Wednesday, August 10, 2011

23 Wordless Word: Oh Maya Karin...sepupu jauh Isteriku......

Teringinku bergambar dengan mu..tapi apakan daya..kau tinggi, abah rendah sikit....dam!


Nak join GENG ABAH?

Wednesday, August 3, 2011

7 Dia....Nur Iman Khalisha

Selepas dilahirkan...

1st day dilahirkan...21 November 2009

hari keempat..masam je muka

kepala botak sebab kena cukur..tapi tetap senyum ayu.hehehe

ada kalanya kuat betul dia menangis

tak cukup tidur ni!

belajar kecit mata pulak..

saya agak blur pagi ini

Sekarang dah setahun lebih dah saya...

tampil dengan gaya muslimah

apa pandang-pandang??

aksi di krabi island...suka sangat main dengan tiang tu


Sonok ada anak ni..tengok dia membesar..cepat betul masa berlalu..dah nak dua tahun dah umur dia...abah dan ibu sayang Nur Iman sangat-sangat..


Macam mana kita sayang anak kita macam tu juga perasaan ibu dan bapa kita menyayangi diri kita...Al-fatihah buat arwah abah..masuk tahun ketiga berpuasa dan beraya tanpanya..Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman.

Monday, August 1, 2011

12 Demam di awal Ramadhan

Kecian Nur Iman...

Baru minggu lepas abah wat artikel pasal Ahad yang menceriakan bagi Nur Iman, ahad minggu ni demam pulak dia. Mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu kejap panas kejap hujan tu yang bagi effect kat kanak-kanak.
Tengoklah muka dia sedih je

So petang semalam abah dan ibu dah bawa Nur Iman ke klinik sbb ubat demam dia memang out out stock. Malam semalam memang tak boleh abah ke masjid untuk solat tarawikh...sedih-sedih. Takpe ada 29 malam lagi kan. Sebenarnya wat sendiri pun boleh je..tp tulah kemeriahan jemaah beramai-ramai yg seronok.

 Sempat bermain dengan ubat dia

Nur Iman kalau demam memang nak abah dia je,tukar baju nak abah, nak tidur pun nak abah, tukar pampers pun nak abah yang tukarkan..kadang-kadang geram rasanya tapi dah sakit ni mestilah kecian dan kasih sayang tu bertambah lagi kan..

Alhamdulillah pagi tadi dapat bangun awal bersahur dengan isteri tersayang..makan nasi goreng je..korang? ini mesti 8 jenis lauk ni.

Kat sini abah nak kongsi sikitlah tip bila anak demam:-
a) Segera bawak anak ke klinik jika panas keterlaluan
b) Pakaikan baju lengan pendek atau yang jenis jaring supaya ada peredaran udara
c) Jangan selimutkan anak anda..Ingat mereka bukan seperti kita lepas makan panadol pastu selimut bagi berpeluh!
d) Tuam air asam jawa pada badan dan kepala mereka
e) Kawal suhu mereka..make sure ada termometer kat rumah.

Tapi kalau ada sape-sape yang boleh kongsikan cara tradisional rawat demam kongsilah..taknak selalu bagi ubat klinik je, bahaya juga kan..so korang share lah ilmu dengan abah ye!

Hari terpaksa hantar pergi nursery juga..kecian juga dekat dia..Semoga Nur Iman kembali sihat..

Friday, July 29, 2011

12 Biar bersepah, asalkan makan

Sebenarnya abah nak guna "Learn More, Play More" untuk tajuk entri hari ini, tetapi abah tukar dengan tajuk "biar bersepah, asalkan makan" Korang tengoklah dulu video Nur Iman ni, abah malas nak cakap lagi.


Da abis tengok? Itulah Nur Iman Khalisha anak abah dan ibu. Sekarang dan berumur 1 tahun 8 bulan. Nak makan je nak suap sendiri. Tapi sebenarnya nak main je lebih. Yang masuk dalam mulut berapa suap je.

Tapi, kalau tengok balik video ni, kalau kita tak benarkan anak-anak pegang sudu dan suap sendiri sampai bila nak pandai makan sendirikan? Betul tak? betul juga abah rasa.

Itu sebab abah guna tajuk biar bersepah asalkan makan. Kalau kita suap memang dia taknak makan punya. So bagi jelah sudu tu biar dia makan sendiri dan belajar sesuatu yang baru. Itu baru Play more, learn more bak kata abang Milo.

Sebenarnya inilah antara cara-cara menggalakkan anak untuk makan. kalau sebelum ni abah pernah buat artikel berkaiatan kenapa anak susah untuk makan. Mungkin ini boleh dijadikan salah satu caranya buat kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan ke atas.

 Nak makan dengan sudu pastu suap sendiri. Bubur nasi ni beli dekat pasar malam sekat Stadium Selayang.

Tengoklah aksi dia, sibuk nak letakkan makanan atas kerusi hijau dia. Baju plak habis kotor.

Inilah hasilnya. Itu yang abah cakap biar bersepah, asalkan makan. Buah mata kucing pun dia makan. Seb bek biji dia tak makan.
Dah kenyang apa lagi, time main lah plak. Habis bersepah mainan dia buat.

Itulah gelagat anak kesayangan kami. Pening juga kami melayan dia. Macam manalah kalau anak dah ada tiga atau empat? Korang macam anak ramai? Cer cite? Cer cite pengalaman sikit.

Monday, July 25, 2011

10 Ahad yang ceria

Salam Isnin semua! Setelah dua malam berturut-turut Nur Iman demam malam akhirnya pagi ahad si kecil ini bangun dengan ceria sekali.

Memang normal kalau anak demam malam, dengan ibu dan abahnya rasa nak demam sekali sebab terpaksa berjaga malam untuk memastikan suhu badannya tidak terlalu tinggi.

Apa  yang kami lakukan adalah dengan membasahkan tuala + air asam jawa pada kepala dan badannya. Ingat pakaikan baju jaring atau lengan pendek.

So, semalam selepas sarapan di kedai Wau Bulan, kami ke Tesco Rawang untuk mencari bekalan dapur dan bekalan Nur Iman. Sekembalinya kami dari Tesco Rawang, kami pun singgahlah ke Taman Rimba Templer Park.

Disitu kami bagi peluang Nur Iman bermain sepuasnya seorang diri tanpa kanak-kanak lain.

Jarak Taman Rimba Templer Park dari rumah kami lebih kurang 5 kilometer. Dekatkan, ada air terjun lagi.

Ready! 1, 2,3!GO!

Tengoklah ceria je kan

Dah penat berlari ke sana ke mari, kini dia bermain jongkang jongkit sambil minum sky juice.hehehe.

Lepas demam, anti bodi makin kuat. Semoga Nur Iman membesar dengan ceria!


Play More, Learn More!

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates