Tahun lepas sahaja abah rasa ada empat kali abah dan keluarga mertua masuk ke Thailand. Tujuan utama adalah untuk melawat keluarga sebelah arwah mertua di sana.
Tahun 2011 tak silap abah dua kali sahaja abah dan keluarga masuk ke Thailand. Paling best adalah ke Krabi Islands. Ingat tak abah pernah tulis entri pasal Santai@Krabi Islands.
Kebiasaanya abah memang jarang snap photos. Abah kan bapa mithali nak kena jaga Nur Iman...So layan je lah photos yang abah snap sekitar tahun 2010.
Sawadikap! Abah snap photo di sempadan Malaysia-Thailand.
Jalan-Jalan Cari Makan. Ada ulat, lipas, cengkerik, belalang, Lipan dan pelbagai jenis ulat lain sedia untuk di makan.
Kenangan bersama keluarga di Yala, Thailand. Tengok Nur Iman kecil lagi time tu.
Sempat melawat peninggalan sejarah. Masjid ini pernah dibom oleh askar Thailand dan mengorbankan banyak nyawa. Tapi abah lupa nama masjid ini.
Masjid ini tidak lagi digunakan..
Jika datang waktu petang, sungai di belakang abah akan penuh dengan sampan. Ada pasar terapung berlangsung di sini.Masa ni Iman baru berusia 5 bulan tak silap abah.
Makan time sebelum balik ke Malaysia. Tomyam Thailand memang cukup marvelous! Sedap betul.
Sedikit Informasi mengenai Selatan Thailand
Untuk pengetahuan semua Chumphon, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phang Nga, Phattalung, Phuket, Ranong, Satun, Songkhla, Surat Thani, Trang, Yala merupakan daerah yang terletak di Selatan Thailand.
Daerah Pattani, Yala dan Narathiwat terdapat ramai orang melayu beragama islam yang berbahasa Kelantan di sana. So memang tidak menjadi masalah jika anda ke sana sekiranya anda faham dan boleh berbahasa kelate.
bestnya abah dah 4 kali p thailand
ReplyDeletetak pernah sampai lagi ... paling jauh pun sampai sempadan thailand - malaysia jee.. heee3x
ReplyDeletetak pernah lagi sampai sana, sronok dpt melancong ye
ReplyDeletewaaaa...thailand pulak dah...
ReplyDeletejelez2~~~hehe
erm, sejak kes bom mengebom tu... rasa macam seram jerk nak ke sana.. huhu
ReplyDeleteselalu sampai kat sempadan aje
ReplyDeletetak penah lagi ke sebelah sana.