Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 8, 2011

6 Once Upon a Time in Yala, Thailand

Anda pernah ke Thailand?


Tahun lepas sahaja abah rasa ada empat kali abah dan keluarga mertua masuk ke Thailand. Tujuan utama adalah untuk melawat keluarga sebelah arwah mertua di sana. 


Tahun 2011 tak silap abah dua kali sahaja abah dan keluarga masuk ke Thailand. Paling best adalah ke Krabi Islands. Ingat tak abah pernah tulis entri pasal Santai@Krabi Islands.


Kebiasaanya abah memang jarang snap photos. Abah kan bapa mithali nak kena jaga Nur Iman...So layan je lah photos yang abah snap sekitar tahun 2010.


Sawadikap! Abah snap photo di sempadan Malaysia-Thailand.


Jalan-Jalan Cari Makan. Ada ulat, lipas, cengkerik, belalang, Lipan dan pelbagai jenis ulat lain sedia untuk di makan. 


 Kenangan bersama keluarga di Yala, Thailand. Tengok Nur Iman kecil lagi time tu.


Sempat melawat peninggalan sejarah. Masjid ini pernah dibom oleh askar Thailand dan mengorbankan banyak nyawa. Tapi abah lupa nama masjid ini. 


Masjid ini tidak lagi digunakan.. 


Jika datang waktu petang, sungai di belakang abah akan penuh dengan sampan. Ada pasar terapung berlangsung di sini.Masa ni Iman baru berusia 5 bulan tak silap abah.


Makan time sebelum balik ke Malaysia. Tomyam Thailand memang cukup marvelous! Sedap betul.


Sedikit Informasi mengenai Selatan Thailand


Untuk pengetahuan semua ChumphonKrabiNakhon Si ThammaratNarathiwatPattaniPhang NgaPhattalungPhuketRanongSatunSongkhlaSurat ThaniTrangYala merupakan daerah yang terletak di Selatan Thailand.
Daerah Pattani, Yala dan Narathiwat terdapat ramai orang melayu beragama islam yang berbahasa Kelantan di sana. So memang tidak menjadi masalah jika anda ke sana sekiranya anda faham dan boleh berbahasa kelate.

6 comments:

  1. bestnya abah dah 4 kali p thailand

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai lagi ... paling jauh pun sampai sempadan thailand - malaysia jee.. heee3x

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi sampai sana, sronok dpt melancong ye

    ReplyDelete
  4. waaaa...thailand pulak dah...
    jelez2~~~hehe

    ReplyDelete
  5. erm, sejak kes bom mengebom tu... rasa macam seram jerk nak ke sana.. huhu

    ReplyDelete
  6. selalu sampai kat sempadan aje
    tak penah lagi ke sebelah sana.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates