Salam Isnin semua! Setelah dua malam berturut-turut Nur Iman demam malam akhirnya pagi ahad si kecil ini bangun dengan ceria sekali.
Memang normal kalau anak demam malam, dengan ibu dan abahnya rasa nak demam sekali sebab terpaksa berjaga malam untuk memastikan suhu badannya tidak terlalu tinggi.
Apa yang kami lakukan adalah dengan membasahkan tuala + air asam jawa pada kepala dan badannya. Ingat pakaikan baju jaring atau lengan pendek.
So, semalam selepas sarapan di kedai Wau Bulan, kami ke Tesco Rawang untuk mencari bekalan dapur dan bekalan Nur Iman. Sekembalinya kami dari Tesco Rawang, kami pun singgahlah ke Taman Rimba Templer Park.
Disitu kami bagi peluang Nur Iman bermain sepuasnya seorang diri tanpa kanak-kanak lain.
Jarak Taman Rimba Templer Park dari rumah kami lebih kurang 5 kilometer. Dekatkan, ada air terjun lagi.
Ready! 1, 2,3!GO!
Tengoklah ceria je kan
Dah penat berlari ke sana ke mari, kini dia bermain jongkang jongkit sambil minum sky juice.hehehe.
Lepas demam, anti bodi makin kuat. Semoga Nur Iman membesar dengan ceria!
Play More, Learn More!
Play More, Learn More!