Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 27, 2011

9 Kenapa anak susah makan?

Nur Iman meh makan meh!
Nganga-nganga…ummmm..sedapkan ibu masak.
Tak sapai tiga kali suap Nur Iman dah melarikan diri. Ibu cuba suap geleng kepala dah dia. Mulut dikemam rapat.

Abah pasti ramai kalangan ibu bapa menghadapi masalah yang sama seperti yang kami hadapi iaitu anak susah makan. Kadang-kadang pening dibuatnya bila anak tidak mahu makan tetapi begitu aktif. Lari ke sana dan ke mari.

Kenapa menda ni terjadi? Ibu-ibu masak tak sedap ke?
Mari abah kongsikan apa yang abah perolehi melalui pembacaan buku Mingguan Wanita yang ibu beli. Antara sebebnya adalah:-

  1. Bosan dengan menu makanan yang sama
Bukan sahaja orang dewasa, malah anak juga bosan jika disajikan dengan menu yang sama setiap kali tiba masa makan.

Cuba anda bayangkan jika pagi anda makan nasi lauk ikan masak asam pedas, tengahari lauk yang sama, malam juga lauk yang sama. Begitu juga keesokan hari anda masak lauk yang sama.

Jadi, pelbagaikanlah jenis makanan untuk anak anda.

Antara menu yang boleh anda masak untuk anak anda seperti:-

Aneka puri untuk 8-10 bulan:
a)      Bubur nasi bersama ayam dan brokoli
b)      Puri kentang dan sawi
c)      Puri labu, epal dan oat

Menu tengah hari untuk 3-6 tahun
a)      Pisang rebus
b)      Bayam masak lemak
c)      Ikan masam manis

  1. Makanan yang padat kalori
Elakkan memberi makanan ringan dan coklat sebelum tiba masa makannya. Hal ini kerana apabila tiba masa makan mereka akan kekenyangan akibat makanan yang kurang berkhasiat tadi.

Biasakan memberi anak anda buah-buahan, sayur yang dikukus, yogurt dan kek.

  1. Terlalu banyak minum susu
Biasanya ibu bapa akan menganggap susu merupakan makanan utama menggantikan nasi. Sebenarnya, anak yang berusia setahun ke atas hanya memerlukan susu dua gelas sehari. Apa yang diperlukan adalah nasi, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan pelbagai lagi bukan sahaja susu.

Apa lagi ibu, ayuh ke dapur sediakan makanan yang sedap-sedap untuk si manja.

9 comments:

  1. anak saya mcm ni lah.. susah tull nk suruh makan.. kdg2 frust sbb penat2 masak anak xnk makan..

    ReplyDelete
  2. Tq abah... Gud info utk saya jugak sbb Anak sulung saya pon susah nk mkn nasi, nk minum susu je

    ReplyDelete
  3. Tq for the info..Alhamdulillah anak-anak saya semua keliling jer bila time makan..Saya suap sorang-sorang.Tapi dpt lihat perbezaan bila saya masak n bli kat kedai..If makanan beli diorang macm tak lalu sangat compared to bila saya masak..walaupun hanya ayam masak kicap..he..he..sorry yer komen terpanjang pulak

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah anak sya takde masalah nk makan...kuat susu dan kuat mkn gak...hihi

    rasanya masalah cacing pun menyumbang kepada selera mkn, ye tak...

    btw, i folo uuuu ;)

    ReplyDelete
  5. hhehe najlaa ms kecit2 mmg kurang mkn...kalau g kinik tu mesti misi bising berat x naik, tp bab sayur ngan buah dia mmg suka, skang ni umo dh nk masuk 4 tahun wpun kurus tp mkn la juga. as long as my doter sihat sy happy

    ReplyDelete
  6. Hi..anak saya 9 bln tak suke bubur nasi.dh cuba campur dengan macam2 tetap tak suke.dia cuma suke ubi keledek dicampurkan dengan buah & sayur.sayur pn dia kurang suke.pening saya tak tau nak bagi dia makan apa

    ReplyDelete
  7. Salam, anak saya pulak, makan nasik takde masalah tapi lauknya sedikit memilih lah..nk lauk je, sayurnya tak nak. Selera mcm org besar, smp cecah border obes, tapi sekarang dah ok:) Kawan2 pon ramai yang ade anak susah mkn,tapi Alhamdulillah kami dah jumpa solution yang sgt sihat dan senang :) Kami cuma bagi Mealshake Shaklee. Campur dalam susu pon boleh

    kelebihan soya non GMO/anak susah makan?/rahsia rawat anak sembelit/nutrisi lengkap untuk anak/ kepentingan protein untuk anak/ soy as milk booster for bf mom/anak anda obes?

    ReplyDelete
  8. ank sy bwu 9 bln...ssh nk mkn...ble blen nasi tu..bwu die nk mkn...pejal2...die xmau..tp xla...janji die mkn...ye x...?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates