Ingin menikmati makanan ala-ala Thailand tanpa perlu ke negara Thailand?
Jika anda berada di Kuala Lumpur, abah cadangkan anda ke Ali Tomyam, Thailand Restaurant..Anda pasti akan senyum kepuasan setelah selesai menikmati makanan di situ kerana keaslian masakan Thailand.
Ali Tomyam terletak di Jalan Dato' Keramat dan lokasinya berhadapan dengan masjid Dato' Keramat menyediakan masakan thailand tomyam seperti somtam, ikan 3 rasa, dan pelbagai lagi. Malahan Ali Tomyam turut menyediakan masakan lain seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain. Anda datang dan tengok sendiri buku menunya.
Setelah hampir sebulan abah dan keluarga pulang bercuti dari Thailand dan Santai@ Krabi Island, tiba-tiba semalam rindu nak makan tomyam warna putih. Jadi pulang daripada kerja semalam kami terus ke Ali Tomyam, Thai Restaurant.
Cukuplah sekadar memenuhi perut untuk 3 orang, abah cuma order tomyam seafood, sayur brokoli sos tiram, telur dadar dan tiga pinggan nasi putih.Air pula ibu mintak air laici manakala abah air suam cukup.hehehe.Kalau order banyak-banyak membazir pula!
Total harga semuanya RM17.40, tidaklah berapa mahal. Nasi putih yang disajikan menggunakan beras siam. Cukup sedap bila dimakan dengan tomyam dan ditambah dengan sambal belacan. Cukup menyelerakan!
Teringin nak rasa? Apa lagi meh lah ke sana. Tak silap abah tempahan sempena bulan Ramadhan juga sudah dibuka.
Nak join GENG ABAH?
macam nak p cari tm yam sekarang gak
ReplyDeleteAbah..Ikan Kerapu 3 Rasa ada tak?? Mesti Best kan
ReplyDeleteziana>mmmmm..3 rasa? rasa sos, kicap and cuka ker??hehehe..ada..pegi lah sn rasa
ReplyDeletensib lum pose..klu pose bc ni meleleh air liur..
ReplyDeleteyumm yumm aregya ske tomyam..