Hari ini abah berkesempatan ke region office di Bangi ada tazkirah sempena Ramadhan dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ariffin adalah berkisarkan mengenai Bulan Ramadhan dan Lailatulqadar.
Menurut ustaz Ariffin, anak paling kedekut adalah anak yang tidak mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan keampunan untuk ibu bapanya.
Adakah kita tergolong dalam golongan kedekut ini? Tepuk dada tanya diri anda bukan tanya selera.
Kalau kita masih mempunyai ibu dan bapa atau mereka telah tiada, pastikan kita sentiasa berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Tidak semestinya selesai solat kita berdoa, di mana-mana sahaja boleh kita lakukan.
Bukan susah pun, tak hafal doa yang panjang bacakan Al-Fatihah buat ibu bapa yang sudah tiada dan sedekahkan sama untuk umat Islam yang telah lama pergi. Tak tahu baca jawi baca rumi pun Alhamdulillah..
Abah bukan nak katakan abah ni bagus sangat, tapi abah sentiasa sedekah al-fatihah buat arwah ayah dan arwah ayah mertua serta atuk, nenek dan moyang masa on the way ke tempat kerja. Lepas hantar wife abah dan Nur Iman je ada dalam kereta, abah switch off radio kejap dan sedekah Al-Fatihah buat mereka.
kalau ada isteri/ suami doakan untuk mereka juga. InsyaAllah jika kita lakukan sekarang sudah pasti anak dan cucu-cucu kita pasti akan lakukan perkara yang sama kepada kita.
Di dalam hadis Rasulullah :-
Maksudnya: “ Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat muslim)
Abah nak highlight disini adalah DOA anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
Renung-renungkan dan selamat beramal!





