Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 20, 2011

3 masak sendiri@beli segera?

Macdonalds, KFC, Pizza Hut, Domino Pizza bukan sahaja menawarkan harga makanan yang cukup murah dan cepat malah mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran. Restoran makanan segera merupakan pilihan utama terutama kepada ibu bapa yang begitu sibuk dan tiada masa untuk menyediakan makanan untuk anak-anak.

Jika bukan Restoran makanan segera, restoran/gerai/ kedai makanan menjadi pilihan untuk membeli makanan.

Makanan yang dimakan oleh anak-anak perlulah jenis yang membekalkan tenaga, mempunyai vitamin larut lemak A, K, D dan E. Penting untuk pembesaran anak yang sihat.

Hari ini abah mahu berkongsi tentang panduan menyediakan hidangan sihat dan panduan jika terpaksa membeli di restoran/gerai/ kedai mahupun di restoran makanan segera.

Jika memasak anda perlulah:
  1. Para ibu perlulah pelbagaikan jenis makanan seperti goreng, rebus, mengukus dan memanggang
  2. Gunakan bahan mentah yang segar. Hal ini penting agar khasiat ikan, daging ayam atau daging itu masih terjamin
  3. Kurangkan penggunaan gula dan garam. Cukuplah secukup rasa.
  4. Lemak ayam dan daging perlulah dibuang kerana lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan
  5. Bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan sebersih-bersihnya. Ibu khalisha selalu pesan dekat abah agar gunakan tepung gandum dan garam semasa cuci ikan, daging, ayam, sotong dan udang. Biar kasi hilang bau dan betul-betul bersih.
  6. Makanan mana yang perlu dikurangkan dan mana yang perlu diambil perhatian boleh rujuk pyramid pemakanan

Jika terpaksa membeli di restoran atau kedai makan atau gerai, anda perlulah:
  1. Kalau makanan yang dipamerkan hangus, jangan beli!
  2. Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
  3. Elakkan makanan yang dimasak berulang kali
  4. Perhatikan kawasan restoran/ kedai/ gerai samada bersih atau kotor. Kalau kotor jangan beli disitu

Jika anda terpaksa membeli di restoran makanan segera ini pula caranya :
  1. Pilih sajian yang kecil, kerana ianya sudah mengandungi lemak yang banyak
  2. Pilih ayam atau daging yang dipanggang, cuba elakkan ayam atau daging yang digoreng
  3. Jangan pesan minuman berkarbonat dan bergas. Minumlah air buah-buahan ataupun sky juice yakni air suam.

Macam mana ibu-ibu dan bapa-bapa? Tepuk dada tanya selera..harapnya perkongsian kali ini bermakna buat anda.

3 comments:

  1. thanks for da info..
    tp kan baik masak sendiri dpd beli kat yg segera..klau msk sndiri puas hati cket hehe..klau bli ad je x kne mcm x sdp lah, sayur x fresh la n mcm2 lg..btol x? hehe :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates