Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 24, 2011

5 Suami Ringan Tulang @ Berat Perut

Salam petang warga Malaysia!

Hari ini dah hari Jumaat, penghulu segala hari. Maknanya esok cuti. Dapatlah bersama keluarga. Best betulkan. Mesti ramai dah yang plan nak ke sana sini, yang nak bangun lewat pun ada, yang nak bangun awal pergi joging pun ada, Yang ni bgs betul.. Yang nak bangun awal dan jemaah sembahyang subuh ada! Ini lagi lah sangat-sangat bagus!

Suami perut siapa macam ni?
Sekarang ni ramai betul suami yang berperut besar! Cukup maju ke hadapan. Kalau isteri perutnya maju ke depan ada isi, pregnant keje si suami.Ni suami perut maju ke depan ada apa? Lemak lah ye.

Abah pun pandanglah ke bawah tengok perut. Ok lah lagi.Maintain lagi ni, walaupun dah masuk 3 tahun berkahwin.

Happy tak si isteri melihat si suami yang perut boyot melakukan kerja rumah? mesti hepi habiskan. Sayang yang teramat sayang lah diaorang kalau dapat suami macam tu kan.

Tak salah pun kalau si suami ringankan tulang sikit dan tolong isteri kemas rumah ke, tolong masak ke, tolong basuh bilik air yang dah berkulat ke, tolong buang sampah ke..tul tak para isteri?

Abah selalu tolong ibu Nur Iman, yelah bukan apa, ibu pun bekerja nak tolong keluarga, so apa salahnya abah pula tolong ibu buat keje rumah.

Give and take tu penting, Apa yang penting? Kerjasama! . Si isteri dah tolong suami cari rezeki, si suami pula tolong lah apa yang patutkan. Barulah keluarga bahagia. Silap-silap ada si gadis yang tertarik nanti dengan sikap anda, leh pasang cawangan lain. Hehehe.

5 comments:

  1. perenggan akhir tu...oooppssss....

    ReplyDelete
  2. ahahaha..ayat yg last tu tk boleh blah btl lah.hehehe

    ReplyDelete
  3. ahahaha..ayat yg last tu tk boleh blah btl lah.hehehe

    ReplyDelete
  4. suami isteri sama2 bertanggungjawab demi membina keluarga bahagia..hehe

    ReplyDelete
  5. sangat suka dengan Encik Suami yg mmg ringan tulang...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates