Kalau kita tengok cerita kartun Wonder Pet pasti akan kita dengari nyanyian ini “ apa yang penting? Kerjasama..apa yang penting?.... Kerjasama”.
Ya betul tu abah, papa, dady mahupun ayah. Kerjasama amat penting bagi memastikan mewujudkan kesefahaman dan keharmonian.
Kunci kejayaan dan kebahagian sebuah rumah tangga juga terletak melalui kerjasama selain rasa cinta dan sayang. Abah khalisha hari ini ingin berbicara mengenai kerjasama bagi mengekalkan keutuhan mahligai yang dibina.
Bila ditanya mengenai soal mengurus rumah tangga dan anak, siapakah yang paling dominan antara si isteri dan dan suami? Bagi abah khalisha, tidak timbul siapa dominan atau tidak. Sebagai contoh abah khalisha akan memasak setelah pulang daripada tempat kerja, membasuh pakaian dan abah khalisha paling suka adalah mengemas rumah. Kadang-kadang tugasan ini boleh dilakukan bersama-sama.
Kerjasama si suami dalam mengurus rumah tangga dan anak bukan sahaja mampu mengurangkan beban kerja rumah yang terpaksa di tanggung oleh si isteri malah mampu menguatkan lagi ikatan antara satu sama lain. Bak kata pepatah “ yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjit”.
Buat si suami, buanglah rasa ego dalam diri yang sering menganggap kerja rumah dan menjaga anak hanya tugas si isteri. Buktikan pada isteri anda, bahawa anda merupakan suami yang terbaik buat dirinya. Go hubby!
Yg btl tu abah...sy stuju.nice article
ReplyDelete