Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 15, 2011

1 Salam Perkenalan

Salam satu Malaysia buat semua blogger-blogger diluar sana. Aku ialah abah khalisha, bapa kepada Nur Iman Khalisha. Siapa Nur Iman Khalisha? Sedapkan namanya. Beliau merupakan anak perempuan ku. Cukup manja dengan abahnya. Sayang sangat agaknya. Nur Iman Khalisha kini telah pun berumur 1 tahun 6 bulan, cepat benar masa berlalu. Seolah baru semalam dia dilahirkan.

Setiap orang mewujudkan blog pasti bersebab seperti ingin berkongsi pengalaman hidup, maklumat dan informasi yang menarik dan ada juga menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan dengan menjual pakaian, jam dan pelbagai barangan yang lain. Selain itu blogger juga mampu menjana pendapatan melalui iklan seperti nuffnang, mangga dan macam-macam lagi.

Abah khalisha dengan harapan yang penuh membara ingin mewujudkan blog yang sarat dengan informasi yang berguna buat mereka yang bakal dan telah bergelar ibu dan bapa. Tak salahkan seorang bapa ingin berkongsi informasi mengenai keluarga dengan bapa yang lain. Bukankah sharing is caring! Di dalam blog ini, abah khalisha ingin berkongsi informasi mengenai pemakanan, pembesaran si manja, pendidikan dan panduan-panduan serta tip-tip mengenai penjagaan bayi.

Harapanku, posting yang pertama ini akan menjadi titik permulaan buat abah khalisha dalam perkongsian ilmu dengan bapa-bapa diluar sana.

1 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates