Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 15, 2011

1 Asid Folik Elak Kecacatan Bayi

Hubby! Anda mahukan anak yang mengalami kecacatan sumbing langit semasa lahir? Atau kecacatan sistem saraf mahupun kecacatan jantung? Pastinya tidak bukan? Jesteru berilah dorongan dan galakkan kepada isteri anda agar banyak mengambil Vitamin B iaitu Asid Folik.

Si suami tahukah anda asid folik mampu mengurangkan risiko anak dalam kandungan mengalami kecacatan seperti yang abah khalisha sebutkan di atas semasa lahir.

Kebiasaanya jika ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kandungan, isteri akan dibekalkan oleh doktor dengan pil-pil asid folik. Untuk makluman hubby diluar sana, selain pil tersebut makanan yang kaya dengan asid folik adalah kekacang dan sayuran berwarna hijau. Contohnya seperti bayam, brokoli, lobak hijau dan buah-buahan.

Bayam kaya dengan asid folik- sumber google
So, apa lagi hidangkanlah si isteri dengan menu makanan yang berkhasiat. Nutrisi yang baik dan mencukupi akan membuatkan ibu dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang sihat.

Ayuh dady, laksanakan tugas anda sekarang!


1 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates