Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

14 Kecuaian Doktor semakin merisaukan

KUALA LUMPUR: Hospital Kajang semalam mengakui kecuaian kakitangannya memasukkan darah jenis lain sehingga mengakibatkan seorang pegawai bank yang baru melahirkan anak ketiga terlantar di hospital itu sejak 10 hari lalu.

Pengarahnya, Dr P Kuldip Kaur, berkata pihaknya bertanggungjawab atas kejadian itu dan kesal perkara sedemikian boleh berlaku meskipun sentiasa mengambil langkah sewajarnya dalam merawat pesakit.-BH
Lagi berita....

IPOH: Sepasang suami isteri mendakwa anak perempuan mereka, Nur Sofiera Natasha, 2, mengalami kecacatan dipercayai berpunca kecuaian doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini yang tersilap memberi suntikan kepada anak mereka ketika dirawat kerana demam panas, dua tahun lalu. - BH

Cukup merisaukan hati abah bila hendak mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kalau selalu jadi begini. Ingat tak abah pernah cerita mengenai adik abah demam denggi dan dirawat di Hospital Selayang.  

Semasa untuk blood test tu abah ada tunggu di kawasan menunggu dan ada terlihat seorang auntie India Muslim sedang memegang seorang bayi. Abah tanya anak ke? Cucu jawabnya. Kenapa sakit ke? A'ah jawabnya. 

Semasa dia dilahirkan doktor lewat buat pembedahan. Sampaikan air ketumban habis dan sehinggakan bayi tersebut dah makan najis sendiri. Sekarang bayi tu terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

Makcik abah yang tinggal di Kelantan pun mempunyai cerita yang sama. Anak dia lambat dibedah sehingga makan najis sendiri. Bila doktor scan di otak ada titik hitam dan doktor cakap kemungkinan anaknya akan lambat dalam segalanya. Cakap lambat, pembesaran pun lambat..Amboiiiii..banyak cantik, senang betul cakap lambat je bukan nak minta maaf atas kesilapan yang berlaku.

Yang susah sape? Mak bapak dan anak tersebut. Siapa yang mahu anak mereka sakit akibat kecuaian orang lain.

Kementerian Kesihatan seharusnya mengambil langkah dan tindakan di atas kecuaian kakitangan yang bertugas. Bukan sorang dua je abah jumpa mengalami perkara yang sama akibat daripada kecuaian doktor.

Wednesday, June 15, 2011

1 Asid Folik Elak Kecacatan Bayi

Hubby! Anda mahukan anak yang mengalami kecacatan sumbing langit semasa lahir? Atau kecacatan sistem saraf mahupun kecacatan jantung? Pastinya tidak bukan? Jesteru berilah dorongan dan galakkan kepada isteri anda agar banyak mengambil Vitamin B iaitu Asid Folik.

Si suami tahukah anda asid folik mampu mengurangkan risiko anak dalam kandungan mengalami kecacatan seperti yang abah khalisha sebutkan di atas semasa lahir.

Kebiasaanya jika ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kandungan, isteri akan dibekalkan oleh doktor dengan pil-pil asid folik. Untuk makluman hubby diluar sana, selain pil tersebut makanan yang kaya dengan asid folik adalah kekacang dan sayuran berwarna hijau. Contohnya seperti bayam, brokoli, lobak hijau dan buah-buahan.

Bayam kaya dengan asid folik- sumber google
So, apa lagi hidangkanlah si isteri dengan menu makanan yang berkhasiat. Nutrisi yang baik dan mencukupi akan membuatkan ibu dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang sihat.

Ayuh dady, laksanakan tugas anda sekarang!


Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates