Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 16, 2011

14 Kecuaian Doktor semakin merisaukan

KUALA LUMPUR: Hospital Kajang semalam mengakui kecuaian kakitangannya memasukkan darah jenis lain sehingga mengakibatkan seorang pegawai bank yang baru melahirkan anak ketiga terlantar di hospital itu sejak 10 hari lalu.

Pengarahnya, Dr P Kuldip Kaur, berkata pihaknya bertanggungjawab atas kejadian itu dan kesal perkara sedemikian boleh berlaku meskipun sentiasa mengambil langkah sewajarnya dalam merawat pesakit.-BH
Lagi berita....

IPOH: Sepasang suami isteri mendakwa anak perempuan mereka, Nur Sofiera Natasha, 2, mengalami kecacatan dipercayai berpunca kecuaian doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini yang tersilap memberi suntikan kepada anak mereka ketika dirawat kerana demam panas, dua tahun lalu. - BH

Cukup merisaukan hati abah bila hendak mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kalau selalu jadi begini. Ingat tak abah pernah cerita mengenai adik abah demam denggi dan dirawat di Hospital Selayang.  

Semasa untuk blood test tu abah ada tunggu di kawasan menunggu dan ada terlihat seorang auntie India Muslim sedang memegang seorang bayi. Abah tanya anak ke? Cucu jawabnya. Kenapa sakit ke? A'ah jawabnya. 

Semasa dia dilahirkan doktor lewat buat pembedahan. Sampaikan air ketumban habis dan sehinggakan bayi tersebut dah makan najis sendiri. Sekarang bayi tu terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

Makcik abah yang tinggal di Kelantan pun mempunyai cerita yang sama. Anak dia lambat dibedah sehingga makan najis sendiri. Bila doktor scan di otak ada titik hitam dan doktor cakap kemungkinan anaknya akan lambat dalam segalanya. Cakap lambat, pembesaran pun lambat..Amboiiiii..banyak cantik, senang betul cakap lambat je bukan nak minta maaf atas kesilapan yang berlaku.

Yang susah sape? Mak bapak dan anak tersebut. Siapa yang mahu anak mereka sakit akibat kecuaian orang lain.

Kementerian Kesihatan seharusnya mengambil langkah dan tindakan di atas kecuaian kakitangan yang bertugas. Bukan sorang dua je abah jumpa mengalami perkara yang sama akibat daripada kecuaian doktor.

14 comments:

  1. atau mungkinkah terlalu ramai pesakit menjadikan mereka ini cuai?

    ReplyDelete
  2. besar tanggungjawab seorang doktor.. jgn main2

    ReplyDelete
  3. astaghfirullah..... bukan hospital kerajaan jekr, kekadang hospital swasta pon ada kecuaian macam tu.....

    cuma berharap kita dijauhkan dari berlaku perkara2 tidak diingini...

    ReplyDelete
  4. semoga dijauhkan benda2 macam ni. Nauzubillahiminzalik.

    ReplyDelete
  5. mungkin dh terlampau ramai..menda2 camni pasti kan terjadi

    ReplyDelete
  6. semoga dijauhi dari benda ni semua...

    ReplyDelete
  7. ada alasan tanak masuk sepital neh..hehee :p

    ReplyDelete
  8. En.Abah,

    Semuanya suratan. Untung hospital swasta tak diperbesarkan isu mcm nie walhal byk gak kes kecuaian. Antaranya, 2 beradik meninggal sbb demam denggi. Bila bawa ke ER, staff spital tak nak amik tindakan. Alasan, takde doktor. Walhal, dua beradik tu dah dehidrate. Ape salah, sementara tgu doc....pegilah masukkan air dulu ke...

    Ade lagi kes, sbb takde jaminan mangsa kemalangan tu ade duit atau tau....pihak spital tak nak terima walaupun pesakit tu serious bleeding. Lastly, hantar ke govt.

    Kawan sy sendiri, sampi pitam sbb sakit tulangt belakang. Disebabkan med cardnya tak function, pihak spital tak nak terima kes die...takut tak terbayar.

    Disebabkan govt sentiasa diperhatikan ramai pihak, terimalah isu yg dibesarkan media dgn hati yg terbuka.

    Sepupu sy sendiri mangsa spital govt. Accident, lmbt dpt rawatan smpi tangannya yg patah remuk dan luka dijangkiti kumah. Kini, dia kudung sebelah tangan. Walhal, boleh aje dirawat sebaik mgkn dan boleh aje terhindar dr jangkitan kuman.

    Sy pulak, melahirkan anak di HKL. Alhamdulillah....walau wad langsung takde kelas tp servis baik!

    ReplyDelete
  9. biasa terjadi di hospital gomen

    rasanya mungkin kerana para
    doktor terbeban dgn kerja yg byk

    jadi pihak atasan yg kena lakukan
    sesuatu.

    ReplyDelete
  10. takut nak pegi hospital...kecuaian berlaku di mana-mana..tapi bila yg melibatkan masa depan dan nyawa ni mmg sangat menakutkan..

    ReplyDelete
  11. doktor kene hati2 sebab ia melibatkan nyawa orang..kadang2 doktor dah cek dengan betul tapi masalah taging tu yang salah..so sape nak disalahkan??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates