Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 16, 2011

8 Kuartet 4x400 meter dilayan macam pelarian


PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pelarian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.


Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.


Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.


Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.


"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?


"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.


"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.


Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.

Sumber: Kosmo online 

abah khalisha: Patut ke mereka dilayan sedemikian?

8 comments:

  1. "x ada harapan menang pingat"? kot ye pun...layanlah semua atlet sama rata. Diorang pergi tu ibarat berjuang untuk negara, mcm tu ke selayaknya diorang dilayan???

    "kelakar"lah KOAM nih...now the joke is on whom??? Emas tu beb...

    ReplyDelete
  2. tahniah!
    mereka sgt2 hebat!

    ReplyDelete
  3. sian dorang,tak patut di layan sebegitu

    ReplyDelete
  4. sian kat mereka..mereka susah payah harumkan nama negara..detik-detik manis untuk terima pingat tak tercapai jua..

    TAHNIAH!!1

    ReplyDelete
  5. Mmg tak patut betul, apapun Malaysia tetap best!!!

    ReplyDelete
  6. hihihi..ohsem malaysia.. tahniah KOAM..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates