Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Monday, September 26, 2011

15 Disangka kena sampuk rupanya...

Baru Isnin lalu adik abah yang lelaki accident motor langgar lembu, semalam pula adik perempuan abah yang nombor lima dimasukkan ke Hospital Selayang disebabkan demam denggi. 

Nak dijadikan cerita sampuk menyampuk ni, sepatutnya ada abah ni memang kena jalani praktikal nurse di Hospital Melaka seminggu yang lepas. 

Tetapi disebabkan management college yang pilih rumah yang dah ditinggalkan hampir empat tahun  tanpa dikemas untuk dijadikan penginapan mereka menyebabkan Kementerian Kesihatan memberikan cuti seminggu kepada student.

Sesampainya student dirumah tinggal tersebut, adik abah memang tak tahan nak membuang air kecil sangat lalu dia ke dalam tandas. Rumah tersebut mmang kotor dan sudah lama ditinggalkan. Biasanya kalau rumah lama dah tak diduduki ni orang cakap berhantu!

Dah Kementerian bagi cuti, adik pun balik rumah mak di Kuantan. Kat sana dia mengadu nak demam. Dari Selasa lepas sampai semalam demam dia tak juga kebah.

Mak agak pelik juga kenapalah adik demam langsung taknak bercakap dan demam tak surut-surut. Lalu mak pun bertanyakan kat rumah lama tu ada buat apa-apa ke? Adik cakaplah yang dia buang air kecil. 

Ada satu malam tu dia mimpi ada orang tua datang dekat dengan dia. Tapi tak sempat nak tengok muka adik dah terjaga. 

Sepatutnya kalau kita masuk rumah yang dah lama ditinggalkan kita kenalah baca surah sikit, bagi salam ke tapi adik terjah sebab tak tahan sangat.

Semalam mak dan adik datang dan abah ambik mereka di Pekeliling. Sepatutnya hari ini(Ahad) dia memang kena ke Melaka. Petang semalam abah bawa adik ke Klinik Dahlia dan minta surat rujukan untuk ke Hospital.

Petang tu juga abah ke Hospital Selayang yang hanya beberapa KM daripada rumah. Lepas ambik darah dan dimasukkan air, memang doktor sah kan adik disahkan demam denggi.

So, semalam dan hari ini abah agak busy. Semalam mak abah temankan adik di Hospital

Alhamdulillah, Allah Maha Besar kerana Dia mengaturkan segalanya cukup indah. Kebetulan mak mertua abah pun sampai semalam sebab dia nak ke Melaka ziarah keluarga sebab ada makcik baru meninggal baru-baru ni. So dapatlah mak dan mertua berjumpa setelah setahun tak berjumpa.

Tambahan pula hospital memang dekat dengan rumah so senang nak ulang alik. 

Ingat ye, segala kejadian yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Terserah kepada diri kita untuk memikirkan samada positif atau negatif.

Semoga kedua-dua adik abah ni sembuh dengan cepat.


Monday, August 1, 2011

12 Demam di awal Ramadhan

Kecian Nur Iman...

Baru minggu lepas abah wat artikel pasal Ahad yang menceriakan bagi Nur Iman, ahad minggu ni demam pulak dia. Mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu kejap panas kejap hujan tu yang bagi effect kat kanak-kanak.
Tengoklah muka dia sedih je

So petang semalam abah dan ibu dah bawa Nur Iman ke klinik sbb ubat demam dia memang out out stock. Malam semalam memang tak boleh abah ke masjid untuk solat tarawikh...sedih-sedih. Takpe ada 29 malam lagi kan. Sebenarnya wat sendiri pun boleh je..tp tulah kemeriahan jemaah beramai-ramai yg seronok.

 Sempat bermain dengan ubat dia

Nur Iman kalau demam memang nak abah dia je,tukar baju nak abah, nak tidur pun nak abah, tukar pampers pun nak abah yang tukarkan..kadang-kadang geram rasanya tapi dah sakit ni mestilah kecian dan kasih sayang tu bertambah lagi kan..

Alhamdulillah pagi tadi dapat bangun awal bersahur dengan isteri tersayang..makan nasi goreng je..korang? ini mesti 8 jenis lauk ni.

Kat sini abah nak kongsi sikitlah tip bila anak demam:-
a) Segera bawak anak ke klinik jika panas keterlaluan
b) Pakaikan baju lengan pendek atau yang jenis jaring supaya ada peredaran udara
c) Jangan selimutkan anak anda..Ingat mereka bukan seperti kita lepas makan panadol pastu selimut bagi berpeluh!
d) Tuam air asam jawa pada badan dan kepala mereka
e) Kawal suhu mereka..make sure ada termometer kat rumah.

Tapi kalau ada sape-sape yang boleh kongsikan cara tradisional rawat demam kongsilah..taknak selalu bagi ubat klinik je, bahaya juga kan..so korang share lah ilmu dengan abah ye!

Hari terpaksa hantar pergi nursery juga..kecian juga dekat dia..Semoga Nur Iman kembali sihat..

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates