Kecian anak abah Nur Iman Khalisha duk merengek je masa abah hantar dia pergi nursery pagi tadi. Sayu je hati abah nak tinggalkan dia dalam keadaan macam tu. Tapi nak buat macam mana dah kerja makan gaji.
Malam tadi dah abah perasan kepala dia agak panas, so abah bangun dan tuamkan dengan air. Tadi dalam kereta pun dia tidur di pangkuan ibu, selalunya dia memang cukup aktif bila dalam kereta. Dek kerana tak sihat dia lebih suka membisu dan lelapkan mata.
Tengahari ni abah janji abah ambik Nur Iman dan bawak ke klinik jumpa doktor. Risau juga jika demam makin panas. Pagi tadi tidak terlalu panas.
Macam manalah keadaan dia di nursery? Ciannya..tak dapat abah bayang macam manalah orang di nursery jaga. Dah lah bercampur dengan budak-budak yang lain.
Nasiblah kalau ibu dan bapa bekerja, kalau gaji abah besar dan je suh ibu berenti keje jaga Nur Iman. Tapi kehidupan hari ini mendesak ibu bekerja.
Abah harap demam anak abah akan kebah lagipun kita sekeluarga kan nak balik beraya di Kuantan. Tok Ma dan makcik-makcik nak jupa Nur Iman. Kuatkan semangat ya.
Abah janji akan dukung dan peluk Nur Iman sepuas-puasnya bila balik nanti...



