Seronok pulak tiba-tiba teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Banyak betul aktiviti yang dilakukan bila tiba hari Sabtu, Ahad mahu pun cuti sekolah atau pun selepas pulang sekolah.
Mungkin ada aktiviti abah ni ada persamaan dengan aktiviti pembaca.
1. Pergi memancing di sungai. Puas memancing apalagi terjun sungai lah mandi manda.
2. Main layang-layang. Kat sekolah ada belajar cara buat layang-layang so kat rumah buat lagi besar punya.
3. Main tuju guli. Orang pempuan pun ada juga ni. Siap ada kumpulan lagi. Macam kongsi gelap.
4. Main galah panjang. Guna batu yang ada colour sikit buat garisan dekat atas jalan tar.
5. Main bola rondes. Tak cukup geng ambik je budak-budak kecik.
6. Main bola sepak/ takraw/ badminton. Budak lelaki memang tak lari daripada mainan ni. Habis pasu jiran-jiran pecah.
7. Main lompat getah. Ingat orang lelaki tak pandai ke lompat getah?
8. Main basikal ronda satu kampung..sekarang basikal Fixie
9. Main batu seremban. Lelaki pun main juga ni ok
10. Main congkak. Bukan susah korek lubang bawah rumah tanah pastu letak guli. Amacam kreatif tak?
11. Main kawin-kawin.Ahahha..ni best juga. Ada yang jadi bapa, mak dan anak-anak.
12. Anak patung abah tak main ok!
Apa lagi mainan masa kecik yang korang main yang tak sama dengan abah? Abah pun lupa dah.


















