Masuk je blog abah ada je nostalgia. Tak habis-habis dengan nostalgia, pastu . Itulah rencah setiap kali Ramadhan muncul.
Bila bercerita pasal Ramadhan ni memang kita akan teringat . Itu memang tidak dinafikan dan totally memang different suasana ramadhan dulu dan kini.
Aidilfitri yang bakal menjelma akan terasa bahang kehangatannya apabila diserikan dengan bunyi dam dam dum bunyi mercun.
Teringat dulu abah sanggup kumpul duit saku sekolah semata-mata nak beli mercun. Adalah beberapa jenis mercun yang abah biasa main masa zaman 90-an dulu dan abah pasti korang pun pernah main dan tengok mercun ni.
Antara mercun yang biasa abah main masa kecik-kecik dulu adalah
Mercun papan - Letupannya menghasilkan irama yang membingitkan.
Mercun bola - Menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Agak bahaya ni. Bentuk pun macam bola.
Mercun mancis - Bekas mercun ni memang macam kotak mancis dan cara hidupkan pun macam mancis. Dah hidup cepat-cepat campak jauh-jauh.
Mercun roket - Mercun ni memang best kalau perang. Abah kadang-kadang saje je halakan dekat rumah makcik yang abah tak suka. Bagi terkezzzzuutttt punya.Ahhaaaaakss
Mercun bawang/pop - Mercun ni paling selamat. Biasanya dimainkan oleh kaum lelaki lembut dan kanak-kanak perempuan.Bunyi kentut abah lagi kuat agaknya daripada bunyi mercun jenis ni.ahahaaaaksss
Mercun lalat - Orang cakap mercun mengejar mangsa..Macam mana tak kejar kalau dah semua kerumun dekat mercun tu kan.
Mercun gasing - Tiada bunyi tapi menghasilkan cahaya warna warni.
Mercun ketupat - Tak boleh dimakan walaupun bentuk mercun ni memang macam ketupat tapi bunyi kuat wooo..
Mercun Plug- Ini mercun bikin sendiri punya. Cari mana-mana plug ikat bawahnya dengan kain panjang-panjang pastu kat atas letak skru/paku dan dalam lubang letak belerang. Baling tinggi-tinggi dan kalau kena atas jalan TAR confirm meletup kuat.
Meriam buluh/ konkrit - Kampung A akan berperang dengan Kampung B menggunakan meriam buluh/konkrit. Kebingitan bunyi mercun menggamit suasana kehadiran syawal.
Apa lagi eh mercun-mercun era 90-an ye? Kongsikanlah jenis-jenis mercun yang korang main, abah lupa dah.
Abah ada google sikit tajuk-tajuk akhbar berkaitan mercun. Adalah keluar dekat Kosmo online tajuknya Bapa muda jual mercun dijel sehari. Alasan dia menjual mercun dan bunga api adalah untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun.
Tapi bila fikir-fikir semula orang macam nilah yang menyebabkan kanak-kanak normal menjadi cacat. Agak-agak jari 10 dah tinggal 6.
Pesanan dari Epi..
Tapi pelik jugalah apasal masa zaman abah kecik-kecik jarang ada dengar ramai kanak-kanak putus jari, putus telinga dan macam-macam lagi. Mungkin tidak di ketengahkan media massa agaknya.













