Tadi abah ke area office di Temerloh dan Bentong sebab ada keje sikit. Pastu di Office Bentong abah terpandang sekolah tadika, tiba-tiba teringat kenangan semasa abah di sekolah tadika dulu.
Apa yang menariknya sampai tak boleh dilupakan?ahahaha..sebenarnya masa di sekolah tadika tu abah ke sekolah memakai kasut sekolah perempuan. Aduhhh..tau tak lawak ke malu tersipu-sipu.
Sebenarnya abah tak tau kasut selama ni abah pakai adalah kasut perempuan sehinggalah satu hari tu kawan abah cakap kat abah tu kasut perempuan..diaorg gelak sakanlah..abah apa lagi menangis meraung sakanlah.
Masa balik rumah abah minta perjelasan daripada mak, kenapa kasut kita kasut perempuan?
Nak tau kenapa mak abah belikan kasut sekolah perempuan? Sebabnya kaki abah memang takde saiz.Memang puas cari banyak kedai kasut saiz kaki abah tapi tak jupa sehingga lah satu kedai tu jupa saiz. Rupa-rupanya saiz yang ada tu adalah kasut perempuan..ahahaha..
Tu antara kenangan masa kat tadika tu dulu, pastu abah ni memang jenis tak suka datang sekolah. Kalau mak tinggalkan abah kat sekolah tu memang habis pintu kelas abah sepak teranjang sampai cikgu pun abah sepak, sebab NAK BALIK...huhuhu..nak balik. Rasanya dekat dua bulan juga mak atau arwah ayah kena tunggu abah.
Padahal abah anak sulung tapi mungkin abah ni manja kot.hehehe....
Kelakar bila ingat kenangan masa masuk tadika dulu..Korang pula macam mana?




