Dulu korang cari aku!
Sekarang korang langsung tidak.
Dulu korang pernah berbaris panjang untuk gunakan aku
Namun kini korang hanya pandang sepi sahaja
Dulu korang pernah belai badan aku
Hari ini sentuh pun tidak
Jika dulu korang gelisah jika tidak menggunakan aku
Namun kini aku hanya dianggap menyemakkan kawasan
Jika dulu aku menjadi rebutan tidak kira lelaki mahupun wanita
Namun kini siapa pun tidak sudi menyentuhku
Dulu aku dimiliki ramai orang
Hari ini korang dah miliki i-phone, blackberry
Jika di hari lalu ku dengar curahan rasa
Namun hari ini aku dijadikan tempat tampalan ALONG
Hiduplah aku dimamah usia dan dipinggirkan
Itulah aku sebuah Public Phone.