Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 18, 2011

15 Nostalgia mercun era 90-an

Masuk je blog abah ada je nostalgia. Tak habis-habis dengan nostalgia, Nostalgia kad raya pastu Nostalgia lagu raya dan ANDA. Itulah rencah setiap kali Ramadhan muncul.

Bila bercerita pasal Ramadhan ni memang kita akan teringat kenangan ramadhan yang lalu. Itu memang tidak dinafikan dan totally memang different suasana ramadhan dulu dan kini.

Aidilfitri yang bakal menjelma akan terasa bahang kehangatannya apabila diserikan dengan bunyi dam dam dum bunyi mercun.  

Teringat dulu abah sanggup kumpul duit saku sekolah semata-mata nak beli mercun. Adalah beberapa jenis mercun yang abah biasa main masa zaman 90-an dulu dan abah pasti korang pun pernah main dan tengok mercun ni.

Antara mercun yang biasa abah main masa kecik-kecik dulu adalah

Mercun papan - Letupannya menghasilkan irama yang membingitkan.

Mercun bola - Menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Agak bahaya ni. Bentuk pun macam bola.

Mercun mancis - Bekas mercun ni memang macam kotak mancis dan cara hidupkan pun macam mancis. Dah hidup cepat-cepat campak jauh-jauh.

Mercun roket - Mercun ni memang best kalau perang. Abah kadang-kadang saje je halakan dekat rumah makcik yang abah tak suka. Bagi terkezzzzuutttt punya.Ahhaaaaakss

Mercun bawang/pop - Mercun ni paling selamat. Biasanya dimainkan oleh kaum lelaki lembut dan kanak-kanak perempuan.Bunyi kentut abah lagi kuat agaknya daripada bunyi mercun jenis ni.ahahaaaaksss

Mercun lalat - Orang cakap mercun mengejar mangsa..Macam mana tak kejar kalau dah semua kerumun dekat mercun tu kan.

Mercun gasing - Tiada bunyi tapi menghasilkan cahaya warna warni.

Mercun ketupat - Tak boleh dimakan walaupun bentuk mercun ni memang macam ketupat tapi bunyi kuat wooo..

Mercun Plug- Ini mercun bikin sendiri punya. Cari mana-mana plug ikat bawahnya dengan kain panjang-panjang pastu kat atas letak skru/paku dan dalam lubang letak belerang. Baling tinggi-tinggi dan kalau kena atas jalan TAR confirm meletup kuat.

Meriam buluh/ konkrit - Kampung A akan berperang dengan Kampung B menggunakan meriam buluh/konkrit. Kebingitan bunyi mercun menggamit suasana kehadiran syawal.

Apa lagi eh mercun-mercun era 90-an ye? Kongsikanlah jenis-jenis mercun yang korang main, abah lupa dah.

Abah ada google sikit tajuk-tajuk akhbar berkaitan mercun. Adalah keluar dekat Kosmo online tajuknya Bapa muda jual mercun dijel sehari. Alasan dia menjual mercun dan bunga api adalah untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun.

Tapi bila fikir-fikir semula orang macam nilah yang menyebabkan kanak-kanak normal menjadi cacat. Agak-agak jari 10 dah tinggal 6. 

 
Pesanan dari Epi..
Tapi pelik jugalah apasal masa zaman abah kecik-kecik jarang ada dengar ramai kanak-kanak putus jari, putus telinga dan macam-macam lagi. Mungkin tidak di ketengahkan media massa agaknya.

Meh kita tengok sikit natijah bermain mercun 


Abah tak buat caption untuk gambar ni sebab tengok gambar pun dah menceritakan segalanya.

Pesan abah jangan main mercun, kalau nak main juga main dalam facebook je takpun pakai baju besi...Selamat! 

Kredit kepada penyumbang-penyumbang gambar di atas.  

Daripada korang men mercun baik join Nostalgia Lagu Raya dan ANDA!

15 comments:

  1. mercun bawang dimainkan oleh lelaki lembut??sampai hati abah...hahahahaha
    pepun cheqna dulu2 suka main mercun tali tu..ikat kat selipar berjalan mesti meletup.hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..saya pun nak komen benda yg sama... ^_^

    Tu lah kan abah...dlu zaman kite muda belia dlu jarang dengar putus bagai sbb men mercun...skrg nih tiap2 kali Ramadhan mesti kuar citer tuh...

    Dulu kalau men mercun kat kg...kawasan luas...org x bising....skrg nak main kat taman perumahan...sangatlah x seswaiii....

    ReplyDelete
  3. mercun yg sangat cool.. dah lme tak men.. :)

    ReplyDelete
  4. zaman kite kecik2 dlu mercun tu x di modified...tp zaman skunk dak2 bijak sgt..ubah sane,ubah sini..konon ny nk ag gempak la kn...akhirny,gempak xde jari...

    ReplyDelete
  5. Aah la..dulu mana ada segala macam cedera main mercun...pluq tu memang bunyi kuat, rumah kami dekat simpang tepi jalan, budak2 n=muda main malam2 punya la bising...

    ReplyDelete
  6. saya suka main mercun papan tu,bunyi dia mabeles

    ReplyDelete
  7. biase main mercun pop jek ngn mercun bunga api tu jek..yg lain tak berani...

    ReplyDelete
  8. memang betul pon.. hehehe.. mercun bawang la mercun paling jambu sekali.. hahaha

    ReplyDelete
  9. masa kecik2... tiap kali lepas berbuka... time my abah gi surau - konpem lah weols main mercun! ekekekekek

    yg best - jiran sebelah main mercun buluh... weols tumpang sama main!
    perghhhhh!~ seronok banget beb!

    ReplyDelete
  10. awe sampai sekarang takot nak main mercun dan bunga yang tembak2 tu sebab pernah tgk cerita drama...waktu anak dia main bunga api tembak2 tu..bunga api tu tak tembak ke depan tapi ke belakang dan kena telinga anak dia...sebab bunga api tu dah masuk angin..walaupun drama tapi sampai skunk awe ingat...

    bunga api biasa awe ok jerk..hehe

    ReplyDelete
  11. +Awesome!,
    Ha3 aku paling suka MerCun Bom!Style n cool kacau org sedap nih ha3!

    ReplyDelete
  12. abah, zaman sy dulu pon men jgk mercun plug tu...rsenye bdk2 skrg mst dh x wat lg kn...

    ReplyDelete
  13. baru semalam kita men mercun ! heehee ,, abg2 bujang kat ruma sebelah duk pelik jee tengok kami ppuan yang men mercun .. kesian merekaa ,hanya mampu melihat sebab kat dungun neh susa nak cari kedai jual mercun ,, bekalan mercun yang kitorang dapat pun import bek punya dari kuantan . begini lhaa naseb hidup d perantaun .. hiiheiie

    ReplyDelete
  14. teringat lagi masa main mercun plug.. hehehe tapi mercun plug semasa saya kecik dulu tak pernah lagi makan tangan pemainnya dan tak pernah lagi dengar org masuk wad sbb mercun plug eheh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates