Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, December 10, 2012

3 Sesak di ICT Mangga 2 Jakarta

Jika di Kuala Lumpur, Sungei Wang Plaza cukup dikenali sebagai shopping mall yang menawarkan pelbagai jenis fesyen baju.

Di Jakarta pula ICT Mangga 2 adalah tempat dimana warga Kota Jakarta dan pelancong-pelancong datang untuk membeli pakaian kanak-kanak, handbag, kasut dan pelbagai barangan lagi.

ICT Mangga 2 dan Sungei Wang Plaza memang menjadi pilihan buat penggemar pakaian especially kaum wanita.

BACA: Bajai Kenderaan Unik di Indonesia

Orang cakap kalau cari barangan tiruan pun boleh cari yang gred A di ICT Mangga 2 ini.










Namun begitu antara Jakarta dan Bandung, Bandung menawarkan harga barangan yang jauh lebuh murah. Bagi sesetengah barang seperti handbag, dompet, legasi beg memang di ICT Mangga 2 adalah tempatnya kerana barangannya agak berkualiti.


Bukan sahaja pakaian kanak-kanak, handbag, kasut dijual di ICT Mangga 2 ini sebaliknya 'sotong kering' turut digantung dan dijual


Mahu lebih menarik lagi?


Serius memang sesak betul di ICT Mangga 2 ni sampai tak sanggup rasanya nak berjalan sampai ke tingkat 5. AK dan wife jalan sampai tingkat 2 sahaja itupun tak sempat pergi semua kedai pun.




Thursday, December 6, 2012

13 Peraturan Pelik Untuk Kurangkan Kesesakan di Jakarta

Jumlah penduduk Jakarta yang hampir 15 juta menyebabkan satu peraturan kenderaan perlu mempunyai 3 atau lebih penumpang dalam satu kenderaan.

Jika kurang anda akan disaman!

Peraturan ini hanya terdapat di sesetengah jalan di Jakarta seperti di Thamrin City. Kenderaan perlu mempunyai 3 orang atau lebih hanya pada pukul 7.00 pagi - 10.00 pagi dan 4.30 petang - 7.00 malam.


Kesesakan di Jakarta adalah lebih teruk jika dibandingkan di Kuala Lumpur!

BACA: Kereta Daun Mengkuang Yang Cukup Kreatif


Menurut tourist guide kami, untuk mengelakkan daripada kena saman, ramai pemandu akan mengambil sesiapa sahaja yang berada di tepi jalan yang mahu ke destinasi lain yang dipanggil 'jockey'.

Lagi best pemandu yang akan membayar duit kepada jockey tersebut.

Hal ini kerana jumlah bayaran saman adalah lebih mahal daripada jumlah bayaran yang diberikan kepada jockey tersebut. Jumlah saman itu AK tak sure plak berapa.

Tengok kami bergambar pun kena 3 orang.

0 Anggota Polis Gemuk Indonesia Diarah Bersenam

TANGERANG, Indonesia - Anggota-anggota polis yang gemuk di Indonesia telah diarahkan untuk bersenam sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan berat badan mereka.

Mereka juga perlu mengikuti latihan senaman aerobik dan tekan tubi bagi mengurangkan beberapa kilogram berat badan masing-masing.

BACA: Jalan Alternatif ke Cameron Highlands

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, anggota polis yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) ke atas diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan.

Beliau berkata, jumlah anggota polis yang gemuk semakin bertambah.

Katanya, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif dan makanan segera telah membuatkan anggota polis di pusat bandar mengalami peningkatan berat badan.

Pendaftaran program penurunan berat itu yang bermula pada minggu lalu itu telah menerima kira-kira 300 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan. - Agensi

2 Masjid Istiqal Terbesar di Asia Tenggara

Masjid Istiqlal adalah antara tempat yang AK lawat semasa di Jakarta. Merupakan masjid terletak di pusat ibukota Jakarta dan Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.

Lokasi masjid terletak tidak jauh daripada Monumen Nasional (Monas).

BACA: Parking Murah di LCCT, KLIA

Tahukah anda bahawa Masjid ini mampu menampung lebih dari dua ratus ribu jemaah dalam satu-satu masa.




Di sebelah timur masjid ini berdiri sebuah Gereja Katedral Jakarta. AK tengok gereja ni ala-ala macam istana pun ada.

BACA :  Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri




Menariknya sewaktu solat Aidilfitri, jika parking di kawasan masjid tidak mencukupi umat islam Indonesia boleh parking di kawasan parking gereja ini begitu juga sebaliknya.

Wednesday, December 5, 2012

3 Hanya Terdapat di Indonesia

Sepanjang berada di Jakarta dan Bandung, Indonesia AK ada snap banyak gambar-gambar menarik yang ingin dikongsikan.

BACA: Ramas Payudara Untuk Kerja Amal

Inilah antara gambar-gambar yang AK rasa sukar didapati di negara lain dan hanya di Indonesia.










Tuesday, December 4, 2012

5 Seronok Bangat Jakarta dan Bandung Indonesia

Salam satu Malaysia!

Alhamdulillah! Seronok Bangat rasanya bila tiba di Malaysia semalam setelah empat hari berada di Indonesia.

Itulah orang cakap hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri. AK rindukan nasi lemak Malaysia.hehehe..Memang dasar perut orang melayu betul!Tak boleh pergi jauh sikit dari Malaysia.

Kalau ikutkan hati memang nak ambil je MC hari ini, tapi reputasi kena jaga. So penat pun memang kena masuk keje. Mana tidak penatnya kerana penerbangan delay selama 45 minit selain ditambah cuaca yang buruk menyebabkan pendaratan ditunda dan tiba di LCCT pada pukul 7.10 malam.

Plus minus pergi tandas, pergi ambil kereta di parking, makan dan solat pukul 11.45 malam AK dan keluarga sampai di rumah.

Balik je semalam, mandi dan terus tidur. Otak dah fikir kerja banyak di office. Beg pun tak sempat buka lagi.


Nanti ada masa AK akan update pasal pengalaman dan gambar semasa AK berada di Jakarta dan Bandung. Secara ringkasnya AK dan keluarga berpeluang ke Taman Mini Indonesia Indah, Trans Studio Bandung, Pasar Baru Bandung, Kartika Sari dan beberapa tempat lagi.

Jadual kerja yang agak ketat akan memungkinkan AK untuk buat entri autopost sahaja. Bukan apa, bos dah sound banyak kali. Speed up your work! Bos dah kata macam tu, jawab aje yes bos!

Dalam kepala otak duk fikir nak review procedure dan buat data analysis selain powerpoint awereness bagi Environmental Management System. Adooooiii...

Back to work!

p/s: Alhamdulillah dan syukur pada-Mu Allah atas rezeki yang diberikan

Tuesday, January 3, 2012

11 Terhangat Sepanjang 2011

Cukup terhangat sepanjang tahun 2011.

Bukan pasal cerita artis, politik, artis kahwin mahupun gosip tetapi abah cuma nak kongsikan yang terhangat sepanjang tahun 2011 di blog abah khalisha.


Di tempat pertama, adalah entri yang bertajuk Nostalgia Kad Raya. Setiap tahun kita akan sambut raya Aidilfitri dan Aidiladha, jika diberi kesempatan oleh-Nya kita akan berpeluang menyambut perayaan ini pada tahun 2012 dan pada tahun yang berikut-berikutnya. Entri ini abah tulis pada bulan Ramadhan yang lepas dan sebanyak 746 pageviews.


Di tangga kedua pula adalah cerita mengenai Datin Ghairah Masuk Panggung. Baru sebulan abah buat sedikit ringkasan tentang movie ini telah mencatatkan 649 pageviews.

Deko bersama abah tidak kurang hebatnya walapun ramai yang mencari Deko Bersama Eric. Ramai yang ingin melihat bagaimana ingin menghias balkoni apartment ataupun kondominium. Jangan tak percaya sehingga hari ini abah masih belum menyiapkan lagi balkoni abah. 

Kalau ingin melihat contoh-contoh balkoni terbaik juga ada disini. 


Datin Ghairah masuk panggung mestilah ramai yang mencari Maria Farida, mereka menggunakan keywords Maria Farida seksi dan tidak kurang juga Maria Farida sex. Oleh demikian entri abah bertajuk Datin Ghairah, Maria Farida Seksi dan Gay Paling Hangat @ abah khalisha berada di tangga keempat dengan 355 pageviews. 

Last sekali di tangga kelima, abah ada bercerita mengenai kejayaan Malaysia mengalahkan Indonesia dalam sukan Sea pada tahun ini di Indonesia. Malaysia Menang 1 - 0 ke atas Indonesia telah mencatatkan 341 pageviews.

Cukuplah senarai Top 5, korang bukan nak tahu pun selebihnya..

Blog korang macam mana pula? Apa yang terhangat di blog korang?

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates