Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

0 Anggota Polis Gemuk Indonesia Diarah Bersenam

TANGERANG, Indonesia - Anggota-anggota polis yang gemuk di Indonesia telah diarahkan untuk bersenam sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan berat badan mereka.

Mereka juga perlu mengikuti latihan senaman aerobik dan tekan tubi bagi mengurangkan beberapa kilogram berat badan masing-masing.

BACA: Jalan Alternatif ke Cameron Highlands

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, anggota polis yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) ke atas diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan.

Beliau berkata, jumlah anggota polis yang gemuk semakin bertambah.

Katanya, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif dan makanan segera telah membuatkan anggota polis di pusat bandar mengalami peningkatan berat badan.

Pendaftaran program penurunan berat itu yang bermula pada minggu lalu itu telah menerima kira-kira 300 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan. - Agensi

Friday, November 9, 2012

3 Kereta-Kereta Polis Yang Cukup Hebat!

Gila cool punya kereta polis yang terdapat di dunia ni. Ini kalau bawa laju kena kena kejar dengan Lamborghini memang mentah-mentah je telan asap diorang ni.

Kalau kereta polis macam di bawah ni ada di Malaysia silap hari bulan memang jammed je lah jalan. Semua pakai duk tengok.

Jom tengok betapa hebat dan cool kereta polis yang berada di dunia ni.




































Ingat kereta polis Malaysia tak boleh masuk senarai ke? I'm malaysian OK!.hehehe



sumber: crookedbrains.net,oddee.com


Friday, September 23, 2011

22 Pastikan anda tersenyum dengan Kamera Polis yang baru

Selepas ini tiada lagi kata-kata" Eh bukan saya tu", "Bukan saya yang drive kereta tu", "Bila pulak saya ke sana" bila anda menerima surat saman. Ini kerana surat saman akan letakkan sekali gambar kenderaan anda semasa speeding. Menarik bukan?

Mungkin ayat selepas ini " Eh saya tu eh.hehehe".

Kini anda perlu berhati-hati semasa di jalan raya kerana jika silap langkah tindak tanduk anda akan dirakam dan dihantar ke rumah dengan gambar hitam dan putih namun cukup jelas.


Penggunaan kamera High Definition(HD) LT120-20 TruCam memboleh image yang cukup jelas dirakam. 

TruCam Specifications
Speed range              : 0km/h to 320kph
Maximum distance    : 1,200m
Measurement Time   : 0.33 seconds

So hati-hati semua ye.

Cerita berkaiatan polis

Sunday, September 18, 2011

29 Abah ditahan polis!

Kejadian ini berlaku dalam pukul 5.00 petang tadi di selepas tol Litrak berdekatan Sungai Buluh. Apa yang terjadi?

Abang masih dalam keadaan terkedu,  tergamam dan terkejut setelah ditahan dan disuruh ke tepi oleh sebuah kereta polis peronda. Kenapa abah ditahan? 

Korang jangan tiru apa yang abah lakukan sehingga ditahan dan disuruh ke tepi! Sebenarnya abah kerana salah abah sendiri iaitu menggunakan handphone semasa memandu! Padan dengan muka abah!...Kompoun yang dikenakan adalah RM300.

Sekadar gambar hiasan

Tapi, Alhamdulillah tak kena saman kerana abah bercakap benar, jujur dan tidak memberi rasuah. Begini ceritanya..Abah on the way dari Klang rumah pakcik setelah balik dari rumah nenek di Sungai Besar. Belakang kereta abah ada pakcik dari Bukit Beruntung, dia tak tahu jalan dari Klang untuk ke Bukit Beruntung. So follow abah. 

Lepas je tol LITRAK LDP di Sunai Buluh tu abah pun terus ambik phone nak call pakcik nak cakap kat dia boleh lalu highway ataupun jalan lama. Sedang nak buat call tu polis peronda ada disebelah kereta abah. Adeehhhhh..abah kena tahan dan disuruh ke tepi.

Abah pun ke tepi dan Encik Polis tu bagi salam dan minta IC dan Lesen Memandu dan suh abah explain kenapa drive sambil buat panggilan.

Tak banyak tanya abah pun bagi kasi. Kebetulan time dia ambik buku saman tu makcik call handphone abah tanya kenapa kena tahan. Abah pun cakaplah kena saman. Pastu abah tanya makcik dan pakcik sesat tak jalan? Ke terlepas simpang?

Alhamdulillah mungkin sebab dengar apa yang abah bualan dan apa yang abah terangkan padanya adalah memang benar-benar betul dan ditambah teriakkan dan raungan suara Nur Iman kerana baru tersedar dari tidur menyebabkan Polis tadi membatalkan niatnya untuk saman abah.

Encik Polis tu cakap dia taknak tambah statistik dan taknak abah kena denda dia pun hanya beri teguran. Mekasih Encik Polis! Abah betul-betul respect pada Encik Polis kerana sikap timbang rasa Encik Polis yang tidak menyaman dan tidak meminta rasuah. Abah ditegur agar menggunakan handfree. So next time abah beringat.

So disini abah nak pesan pada korang yang drive dan suka buat panggilan agar selalu menggunakan handfree atau berhenti di tepi. Jangan lakukan seperti yang abah lakukan! Kemalangan mungkin boleh terjadi.

Ingatlah orang yang tersayang. Abah betul-betul insaf..Nasib baik kalau tak melayang RM300 abah.

P/s: Mood tiada lagi untuk cerita suasana pulang ke rumah atuk dan nenek..huhuhu..fobia.hehehe.

Thursday, September 8, 2011

13 Alhamdulillah tiada saman

Setelah berjalan jauh cuti raya baru ni Selayang-Penang-Selayang-Kuantan-Selayang, hari ini abah terdetik hati untuk check saman PDRM.

So apa yang abah lakukan? Ambik handphone dan taip....


POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728

seminit kemudian...dapatlah mesej ini.....

Fuh lega abah.Kalau tak nampak gaya melayang juga RM200-RM400 ni.hehehe..

Cara lain untuk check saman adalah melalui:

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

contoh :  POLIS SAMAN xxxxxxxxxxxx hantar kepada 32728


atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Korang sudah check saman? Lakukan sekarang..jangan tunggu lama-lama takut harga saman meningkat setiap hari nanti.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates