Setelah berjalan jauh cuti raya baru ni Selayang-Penang-Selayang-Kuantan-Selayang, hari ini abah terdetik hati untuk check saman PDRM.
So apa yang abah lakukan? Ambik handphone dan taip....
POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
seminit kemudian...dapatlah mesej ini.....
Fuh lega abah.Kalau tak nampak gaya melayang juga RM200-RM400 ni.hehehe..
Cara lain untuk check saman adalah melalui:
Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : POLIS SAMAN xxxxxxxxxxxx hantar kepada 32728
atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
Korang sudah check saman? Lakukan sekarang..jangan tunggu lama-lama takut harga saman meningkat setiap hari nanti.



