Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Monday, December 10, 2012

3 Sesak di ICT Mangga 2 Jakarta

Jika di Kuala Lumpur, Sungei Wang Plaza cukup dikenali sebagai shopping mall yang menawarkan pelbagai jenis fesyen baju.

Di Jakarta pula ICT Mangga 2 adalah tempat dimana warga Kota Jakarta dan pelancong-pelancong datang untuk membeli pakaian kanak-kanak, handbag, kasut dan pelbagai barangan lagi.

ICT Mangga 2 dan Sungei Wang Plaza memang menjadi pilihan buat penggemar pakaian especially kaum wanita.

BACA: Bajai Kenderaan Unik di Indonesia

Orang cakap kalau cari barangan tiruan pun boleh cari yang gred A di ICT Mangga 2 ini.










Namun begitu antara Jakarta dan Bandung, Bandung menawarkan harga barangan yang jauh lebuh murah. Bagi sesetengah barang seperti handbag, dompet, legasi beg memang di ICT Mangga 2 adalah tempatnya kerana barangannya agak berkualiti.


Bukan sahaja pakaian kanak-kanak, handbag, kasut dijual di ICT Mangga 2 ini sebaliknya 'sotong kering' turut digantung dan dijual


Mahu lebih menarik lagi?


Serius memang sesak betul di ICT Mangga 2 ni sampai tak sanggup rasanya nak berjalan sampai ke tingkat 5. AK dan wife jalan sampai tingkat 2 sahaja itupun tak sempat pergi semua kedai pun.




Thursday, December 6, 2012

13 Peraturan Pelik Untuk Kurangkan Kesesakan di Jakarta

Jumlah penduduk Jakarta yang hampir 15 juta menyebabkan satu peraturan kenderaan perlu mempunyai 3 atau lebih penumpang dalam satu kenderaan.

Jika kurang anda akan disaman!

Peraturan ini hanya terdapat di sesetengah jalan di Jakarta seperti di Thamrin City. Kenderaan perlu mempunyai 3 orang atau lebih hanya pada pukul 7.00 pagi - 10.00 pagi dan 4.30 petang - 7.00 malam.


Kesesakan di Jakarta adalah lebih teruk jika dibandingkan di Kuala Lumpur!

BACA: Kereta Daun Mengkuang Yang Cukup Kreatif


Menurut tourist guide kami, untuk mengelakkan daripada kena saman, ramai pemandu akan mengambil sesiapa sahaja yang berada di tepi jalan yang mahu ke destinasi lain yang dipanggil 'jockey'.

Lagi best pemandu yang akan membayar duit kepada jockey tersebut.

Hal ini kerana jumlah bayaran saman adalah lebih mahal daripada jumlah bayaran yang diberikan kepada jockey tersebut. Jumlah saman itu AK tak sure plak berapa.

Tengok kami bergambar pun kena 3 orang.

Wednesday, December 5, 2012

3 Hanya Terdapat di Indonesia

Sepanjang berada di Jakarta dan Bandung, Indonesia AK ada snap banyak gambar-gambar menarik yang ingin dikongsikan.

BACA: Ramas Payudara Untuk Kerja Amal

Inilah antara gambar-gambar yang AK rasa sukar didapati di negara lain dan hanya di Indonesia.










8 Bajai Kenderaan Unik di Indonesia

Lepas sarapan pagi Triniti Hotel, Jakarta AK keluar melihat suasana di luar hotel. Agak nyaman suasana pagi itu.

AK tertarik dengan kenderaan yang dikenali sebagai bajai ini lalu snap beberapa keping gambar.

BACA: Kereta-kereta Polis Yang Cukup Hebat
BACA: Ketip Kuku Yang Sangat Cool

Bajai ini adalah seumpama teksi namun bayarannya agak murah jika dibandingkan dengan teksi.








Berani naik?

7 Wordless Wednesday: QZ 8191 Jakarta

Tuesday, December 4, 2012

5 Seronok Bangat Jakarta dan Bandung Indonesia

Salam satu Malaysia!

Alhamdulillah! Seronok Bangat rasanya bila tiba di Malaysia semalam setelah empat hari berada di Indonesia.

Itulah orang cakap hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri. AK rindukan nasi lemak Malaysia.hehehe..Memang dasar perut orang melayu betul!Tak boleh pergi jauh sikit dari Malaysia.

Kalau ikutkan hati memang nak ambil je MC hari ini, tapi reputasi kena jaga. So penat pun memang kena masuk keje. Mana tidak penatnya kerana penerbangan delay selama 45 minit selain ditambah cuaca yang buruk menyebabkan pendaratan ditunda dan tiba di LCCT pada pukul 7.10 malam.

Plus minus pergi tandas, pergi ambil kereta di parking, makan dan solat pukul 11.45 malam AK dan keluarga sampai di rumah.

Balik je semalam, mandi dan terus tidur. Otak dah fikir kerja banyak di office. Beg pun tak sempat buka lagi.


Nanti ada masa AK akan update pasal pengalaman dan gambar semasa AK berada di Jakarta dan Bandung. Secara ringkasnya AK dan keluarga berpeluang ke Taman Mini Indonesia Indah, Trans Studio Bandung, Pasar Baru Bandung, Kartika Sari dan beberapa tempat lagi.

Jadual kerja yang agak ketat akan memungkinkan AK untuk buat entri autopost sahaja. Bukan apa, bos dah sound banyak kali. Speed up your work! Bos dah kata macam tu, jawab aje yes bos!

Dalam kepala otak duk fikir nak review procedure dan buat data analysis selain powerpoint awereness bagi Environmental Management System. Adooooiii...

Back to work!

p/s: Alhamdulillah dan syukur pada-Mu Allah atas rezeki yang diberikan

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates