Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 11, 2011

15 Kanak-Kanak mati sebab "otak-otak" dan "air batu campur"

Terkejut dan sedih abah lepas baca dekat Malaymail online mengenai punca kematian seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di Meru. Korang boleh baca disini Ramadan bazaar food death not due to cholera.

Isnin yang lalu, beliau yang berusia 11 tahun muntah-muntah dan cirit-birit selepas dia berbuka puasa dengan memakan otak-otak dan air batu campur yang di beli di bazar ramadhan.

Otak-otak enak dimakan..tapi berwaspadalah

Menurut Encik Azman Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, beberapa ahli  keluarga lain turut mengalami simptom keracunan makanan.

Abah tak taulah segelintir sikap peniaga sekarang ni..hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti dan kebersihanan makanan yang dijual. Diaorang ni nak jual makanan ke nak jual RACUN?Apa perasaan korang peniaga jenis macam ni? kejam betul..

Awal Ramadhan hari tu abah ada beli gulai kawah tapi rasa macam hampeh..tu abah cakap gulai kawah ke gulai sawah..

Menurut Encik Azman lagi sampel makanan daripada bazaar ramadhan telah pun diambil untuk dianalysis. Jika benar kematian berpunca daripada makanan yang dimakan, abah minta kerajaan ambik tindakan yang sewajarnya terhadap peniaga tersebut.

Mesti kelam suasana Aidilfitri keluarga ini bila anak kesayangan mereka pergi buat selamanya. 


Nasihat abah, jika anda sakit perut/ cirit-birit/ muntah-muntah, cepat-cepat dapatkan rawatan. 
OOOiiiitttt segelintir peniaga!!!! abah rayu sangat tolonglah jaga kualiti makanan. Janganlah sebab makanan korang jual, ada nyawa yang melayang. Tolonglah masak makanan semasak-masaknya, tak abis dijual buang je lah makanan tu takpun ko makan je lah sendiri!

Al-fatihah buat arwah......

15 comments:

  1. innalillahiwainnailahirojiun....

    kena hati2 lah kan.. bila membeli di pasar ramadhan ni...
    kebanyakan lauk-pauk tu depa dah masak awal... so cepat basi lah....

    kalo makan tu - memang bleh sakit perut...

    ada plak yg kurang bersih - lalat dah berumahtangga kat lauk-pauk..
    tu yg bleh kena sakit jugak tu!

    ReplyDelete
  2. peniaga skg ni tau nk untung je..so kita sbg pengguna dan pembeli ni harus bijak gak dalam memilih dan membeli makanan

    ReplyDelete
  3. Cik SEmut pun suke makan otak-otak dan ABC .. takot pulak bila dngar mcm tu.. mcm mana la keluarga tu nak menghadapi raya nanti... muhasabah dri kejap..

    ReplyDelete
  4. bapa mangsa mampu menerima dugaan ni dengan redha...
    semoga rohnya diberkati...

    ReplyDelete
  5. lebih baik makan masakan sendiri di rumah. selamat dan jimat

    ReplyDelete
  6. sekarang ni orang meniaga nak kira untung je.. xkira sedap ke x.. kaki klepet pun banyak..roti john dah mcm roti telur kosong je..roti john spesel pulak cuma tambah 2 biji cendawan kcik je.. adoiyai..

    ReplyDelete
  7. innalillah.. kesiannya..
    gara2 otak2, melayang 1 nyawa..

    AL-FATIHAH~~

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah..sudah sampai ajal arwah.tp tetap menjadi peringatan utk peniaga lain.

    ReplyDelete
  9. ini namanya orang berniaga untuk untung bukan untuk bagi orang makan!

    ReplyDelete
  10. heran jugak...kenapa hanya sebuah keluarga ini sahaja yg terkena.. agak mustahil kalau keluarga ini sahaja yg membeli di pasar ramadhan tu.
    apa pun, al-fatihah dan takziah pada keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah untuk kelauraga arwah..

    kesiankan.. peniaga tahu nak untung..tapi kebersihan tak terjaga

    ReplyDelete
  12. alfatihah,sb tu la saya suka masak sendiri walaupun tak sempat

    ReplyDelete
  13. ALFATIHAH...selalu gak beli otak2 tu..ALhamdulillah..setakat ni ok jer....

    ReplyDelete
  14. sedih dan takut dgr berita t, sbb saya pun penggemar otak2...huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates