Ingat tak entri Promosi Gempak @ TUUU…DIA PAK TAM, hari khamis yang lepas bersamaan 4 Ramadhan abah sekeluarga telah pun berbuka puasa secara buffet di restoran TUU...DIA PAK TAM di hadapan Stadium Selayang.
Adoi....kalau makanan dah basi ni tapi disebabkan ni gambar, abah upload juga untuk kongsikan dengan korang.
Hanya dengan bayaran RM9.90 seorang abah telah pun menikmati sepuasnya makanan yang terhidang. Sekarang mana nak jupa buffet Ramadhan dengan harga semurah tu..kebetulan pulak Pak Tam buat promosi untuk 5 hari awal Ramadhan..
Meh tengok apa yang abah makan...dah masuk dlm perut ni sedia maklumlah ye dah lama abah laburkan dalam bilik termenung..hanya gambar sahaja untuk tatapan.
Tengoklah kemeriahannya..time ni Pak Tam suh ambik siap-siap makanan
Amacam makanan dia? banyak tak? oklah dengan harga RM9.90
Abah ambik nasi arab, ayam + daging + ikan keli??ikan keli makan dengan nasi arab? abah belasah je pastu kentang goreng..macam-macam lauk ada lagi.
Dah habis sepinggan ni abah rasa plak kuetiaw, mee goreng, pastu kuih muih lagi..soto lagi..bihun sup lagi..banyak tul kan..itu pasal perut maju sikit malam tu..
Air pulak tak silap abah ada 6 jenis semuanya..kuih abah tk sempat nak kira..malulah nak kira..orang nak dtg berbuka kita mengira pula.
Gambar abah tak tangkap banyak, seganlah pulak nak tangkap gambar sesuka hati..gila apa orang cakap kang..nak berbuka ke nak tangkap gambar..
Eh Nur Iman mana??
Ada pun dia..tk sampai pun 2 minit pun duduk atas kerusi ni..nak turun..duk mintak 6 jenis air..semua dia nak rasa..pening kami nak melayan kerenah si kecil ni..kejap menangis, kejap ketawa..adoiiii..seb baik dekat tempat ramai orang kalau tak ku piat-piat pipi dia.
Next plan nak berbuka kat Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa macam tahun lepas..tp mengenangkan perangai Nur Iman yang agak hyperactive ni...fikir 50x abah..
Yang bagusnya di Pak Tam ni, setengah jam nak berbuka puasa siap ada panggil ustaz bagi tazkirah...antara pengisiannya adalah..Errrrr..errrr..hehehe abah tak dapat nak dengar pasal duk melayan Nur Iman nak air itu lah..nak air ini lah..ditunjuk-tunjuknya jari je..mulut sebut "Nak Ni"
Sori Pak Ustaz..hehehe
Yang bagusnya di Pak Tam ni, setengah jam nak berbuka puasa siap ada panggil ustaz bagi tazkirah...antara pengisiannya adalah..Errrrr..errrr..hehehe abah tak dapat nak dengar pasal duk melayan Nur Iman nak air itu lah..nak air ini lah..ditunjuk-tunjuknya jari je..mulut sebut "Nak Ni"
Sori Pak Ustaz..hehehe
fuyoo,abah
ReplyDeletemurah habis la tu
sbb byk jenis lauknya
okey sangat la :)
siyes??murahnyerrr,...huhuhu
ReplyDelete: : mmg murah ' tapi jauhhh =.=
ReplyDeleteooo pak tam. sedap2 masakan dia.
ReplyDeletekalau sedap bagitau kawan, tak sedap bagitahu pak tam. tagline special!
hehe
perghh berbaloi-baloi...
ReplyDelete9.90???????
ReplyDeletewallah...sangat murah...
berbaloi-baloi..
ReplyDelete