Terkejut dan sedih abah lepas baca dekat Malaymail online mengenai punca kematian seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di Meru. Korang boleh baca disini Ramadan bazaar food death not due to cholera.
Isnin yang lalu, beliau yang berusia 11 tahun muntah-muntah dan cirit-birit selepas dia berbuka puasa dengan memakan otak-otak dan air batu campur yang di beli di bazar ramadhan.
Otak-otak enak dimakan..tapi berwaspadalah
Menurut Encik Azman Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, beberapa ahli keluarga lain turut mengalami simptom keracunan makanan.
Abah tak taulah segelintir sikap peniaga sekarang ni..hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti dan kebersihanan makanan yang dijual. Diaorang ni nak jual makanan ke nak jual RACUN?Apa perasaan korang peniaga jenis macam ni? kejam betul..
Awal Ramadhan hari tu abah ada beli gulai kawah tapi rasa macam hampeh..tu abah cakap gulai kawah ke gulai sawah..
Menurut Encik Azman lagi sampel makanan daripada bazaar ramadhan telah pun diambil untuk dianalysis. Jika benar kematian berpunca daripada makanan yang dimakan, abah minta kerajaan ambik tindakan yang sewajarnya terhadap peniaga tersebut.
Mesti kelam suasana Aidilfitri keluarga ini bila anak kesayangan mereka pergi buat selamanya.
Nasihat abah, jika anda sakit perut/ cirit-birit/ muntah-muntah, cepat-cepat dapatkan rawatan.
Nasihat abah, jika anda sakit perut/ cirit-birit/ muntah-muntah, cepat-cepat dapatkan rawatan.
OOOiiiitttt segelintir peniaga!!!! abah rayu sangat tolonglah jaga kualiti makanan. Janganlah sebab makanan korang jual, ada nyawa yang melayang. Tolonglah masak makanan semasak-masaknya, tak abis dijual buang je lah makanan tu takpun ko makan je lah sendiri!
Al-fatihah buat arwah......
innalillahiwainnailahirojiun....
ReplyDeletekena hati2 lah kan.. bila membeli di pasar ramadhan ni...
kebanyakan lauk-pauk tu depa dah masak awal... so cepat basi lah....
kalo makan tu - memang bleh sakit perut...
ada plak yg kurang bersih - lalat dah berumahtangga kat lauk-pauk..
tu yg bleh kena sakit jugak tu!
peniaga skg ni tau nk untung je..so kita sbg pengguna dan pembeli ni harus bijak gak dalam memilih dan membeli makanan
ReplyDeleteCik SEmut pun suke makan otak-otak dan ABC .. takot pulak bila dngar mcm tu.. mcm mana la keluarga tu nak menghadapi raya nanti... muhasabah dri kejap..
ReplyDeletebapa mangsa mampu menerima dugaan ni dengan redha...
ReplyDeletesemoga rohnya diberkati...
lebih baik makan masakan sendiri di rumah. selamat dan jimat
ReplyDeleteAl Fatihah
ReplyDeletesekarang ni orang meniaga nak kira untung je.. xkira sedap ke x.. kaki klepet pun banyak..roti john dah mcm roti telur kosong je..roti john spesel pulak cuma tambah 2 biji cendawan kcik je.. adoiyai..
ReplyDeleteinnalillah.. kesiannya..
ReplyDeletegara2 otak2, melayang 1 nyawa..
AL-FATIHAH~~
Al Fatihah..sudah sampai ajal arwah.tp tetap menjadi peringatan utk peniaga lain.
ReplyDeleteini namanya orang berniaga untuk untung bukan untuk bagi orang makan!
ReplyDeleteheran jugak...kenapa hanya sebuah keluarga ini sahaja yg terkena.. agak mustahil kalau keluarga ini sahaja yg membeli di pasar ramadhan tu.
ReplyDeleteapa pun, al-fatihah dan takziah pada keluarga mangsa..
Al-fatihah untuk kelauraga arwah..
ReplyDeletekesiankan.. peniaga tahu nak untung..tapi kebersihan tak terjaga
alfatihah,sb tu la saya suka masak sendiri walaupun tak sempat
ReplyDeleteALFATIHAH...selalu gak beli otak2 tu..ALhamdulillah..setakat ni ok jer....
ReplyDeletesedih dan takut dgr berita t, sbb saya pun penggemar otak2...huhu
ReplyDelete