Terkejut dan sedih abah lepas baca dekat Malaymail online mengenai punca kematian seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di Meru. Korang boleh baca disini Ramadan bazaar food death not due to cholera.
Isnin yang lalu, beliau yang berusia 11 tahun muntah-muntah dan cirit-birit selepas dia berbuka puasa dengan memakan otak-otak dan air batu campur yang di beli di bazar ramadhan.
Otak-otak enak dimakan..tapi berwaspadalah
Menurut Encik Azman Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, beberapa ahli keluarga lain turut mengalami simptom keracunan makanan.
Abah tak taulah segelintir sikap peniaga sekarang ni..hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti dan kebersihanan makanan yang dijual. Diaorang ni nak jual makanan ke nak jual RACUN?Apa perasaan korang peniaga jenis macam ni? kejam betul..
Awal Ramadhan hari tu abah ada beli gulai kawah tapi rasa macam hampeh..tu abah cakap gulai kawah ke gulai sawah..
Menurut Encik Azman lagi sampel makanan daripada bazaar ramadhan telah pun diambil untuk dianalysis. Jika benar kematian berpunca daripada makanan yang dimakan, abah minta kerajaan ambik tindakan yang sewajarnya terhadap peniaga tersebut.
Mesti kelam suasana Aidilfitri keluarga ini bila anak kesayangan mereka pergi buat selamanya.
Nasihat abah, jika anda sakit perut/ cirit-birit/ muntah-muntah, cepat-cepat dapatkan rawatan.
Nasihat abah, jika anda sakit perut/ cirit-birit/ muntah-muntah, cepat-cepat dapatkan rawatan.
OOOiiiitttt segelintir peniaga!!!! abah rayu sangat tolonglah jaga kualiti makanan. Janganlah sebab makanan korang jual, ada nyawa yang melayang. Tolonglah masak makanan semasak-masaknya, tak abis dijual buang je lah makanan tu takpun ko makan je lah sendiri!
Al-fatihah buat arwah......