Nak dijadikan cerita sampuk menyampuk ni, sepatutnya ada abah ni memang kena jalani praktikal nurse di Hospital Melaka seminggu yang lepas.
Tetapi disebabkan management college yang pilih rumah yang dah ditinggalkan hampir empat tahun tanpa dikemas untuk dijadikan penginapan mereka menyebabkan Kementerian Kesihatan memberikan cuti seminggu kepada student.
Sesampainya student dirumah tinggal tersebut, adik abah memang tak tahan nak membuang air kecil sangat lalu dia ke dalam tandas. Rumah tersebut mmang kotor dan sudah lama ditinggalkan. Biasanya kalau rumah lama dah tak diduduki ni orang cakap berhantu!
Dah Kementerian bagi cuti, adik pun balik rumah mak di Kuantan. Kat sana dia mengadu nak demam. Dari Selasa lepas sampai semalam demam dia tak juga kebah.
Mak agak pelik juga kenapalah adik demam langsung taknak bercakap dan demam tak surut-surut. Lalu mak pun bertanyakan kat rumah lama tu ada buat apa-apa ke? Adik cakaplah yang dia buang air kecil.
Ada satu malam tu dia mimpi ada orang tua datang dekat dengan dia. Tapi tak sempat nak tengok muka adik dah terjaga.
Sepatutnya kalau kita masuk rumah yang dah lama ditinggalkan kita kenalah baca surah sikit, bagi salam ke tapi adik terjah sebab tak tahan sangat.
Semalam mak dan adik datang dan abah ambik mereka di Pekeliling. Sepatutnya hari ini(Ahad) dia memang kena ke Melaka. Petang semalam abah bawa adik ke Klinik Dahlia dan minta surat rujukan untuk ke Hospital.
Petang tu juga abah ke Hospital Selayang yang hanya beberapa KM daripada rumah. Lepas ambik darah dan dimasukkan air, memang doktor sah kan adik disahkan demam denggi.
So, semalam dan hari ini abah agak busy. Semalam mak abah temankan adik di Hospital
Alhamdulillah, Allah Maha Besar kerana Dia mengaturkan segalanya cukup indah. Kebetulan mak mertua abah pun sampai semalam sebab dia nak ke Melaka ziarah keluarga sebab ada makcik baru meninggal baru-baru ni. So dapatlah mak dan mertua berjumpa setelah setahun tak berjumpa.
Tambahan pula hospital memang dekat dengan rumah so senang nak ulang alik.
Ingat ye, segala kejadian yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Terserah kepada diri kita untuk memikirkan samada positif atau negatif.
Semoga kedua-dua adik abah ni sembuh dengan cepat.