Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 27, 2011

26 Sup Ketam Penawar Demam Denggi

Terima kasih kepada mereka yang mendoakan agar adik abah sembuh daripada denggi. Alhamdulillah petang semalam adik aba dah discharge from Hospital Selayang. 

Pada entri abah yang bertajuk Disangka kena sampuk rupanya... ramai blogger telah memberi cadangan agar buat sup ketam untuk ubati demam denggi. Thanks pada Si Pujangga, blog-tips-kurus dan yang lain-lain.


Badan gatal-gatal disuruh makan sup ketam pula? Tak bertambah gatal ke? Abah pun naik pelik juga dengan cadangan diorg ni. Tak cukup tangan menggaru nanti.

Lepas tu semalam cikgu sekolah pun ada sarankan bagi makan sup ketam..mmmm..macam dah boleh dipercayai je teori ni. So semalam lepas keluar je abah terus singgah di kedai berdekatan dan beli ketam. Tapi abah tak sure pula jenis ketam yang boleh. Ke asal nama ketam je boleh je makan untuk penghidap denggi ni.

Kalau ikutkan doktor denggi ni memang takde ubat, apa yang abah tengok masa adik dirawat beliau hanya dibekalkan air satu jag dan air dimasukkan dibadan. Itu sahaja. Kena sentiasa minum air untuk lawan kuman tersebut.

So hari ini abah ada google pasal sup ketam ubati denggi, banyak juga cerita pasal ketam ni. Yang paling menarik abah jumpa adalah sup ketam ini dapat tambah susu ibu..hahaha.Tak caya google sendiri.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. klik di blog ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sup Ketam : Penawar Denggi.

Hari ini  mak abah masih dirumah abah sehingga adik betul-betul sihat. Esok maybe dia balik sebab ramai dah yang cari dia. Almaklumlah tukang jahit. Orang nak pergi kenduri pakai baju baru itu pasal sibuk call dia tanya bila baju nak siap.

Hujung minggu ni abah akan ke Melaka hantar adik sebab dia sepatutnya this week dah kena praktikal di Hospital Melaka.

Camner eh? Bakal Nurse pun leh jatuh sakit. Yelah nyamuk kan bukan leh nak kawal.

26 comments:

  1. kalo demam denggi badan gatal2 ke??
    iols tak tau - tak penah kena
    yg iols tau - bila kena chicken pox memang gatal2 rasa satu badan...

    apa2 pun - alhamdulillah... dah sembuh adik abah tu!

    ReplyDelete
  2. bru tau :P
    alhamdulillah..dh sehat p0n dye ^_^

    ReplyDelete
  3. ooo..ye ke..first time dengar.. demam denggi memang bahaya.. cuma tau yang kena minum air banyak je la..

    ReplyDelete
  4. masa suami kena denggi, cara nk cepat baik...minum 100 plus...

    berbotol2 dihabiskan dalam masa 2-3 hari tu.

    ReplyDelete
  5. tapi kalau byk minum 100 plus tk elok juga sebab nanti gula dalam darah naik dapat kencing manis pulak..paling elok byk kan minum air kosong

    ReplyDelete
  6. ohh ye ke...tp ni doktor sendiri yg cadangkan

    mungkin sbb suami tak ada kencing manis dan mmg sejarah keluarga tak ada lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  7. abah.. penyakit ni kalo nak serang x kira siapa...

    ReplyDelete
  8. Ada juga yang mencadangkan minum banyak 100 Plus untuk rawat denggi...

    ReplyDelete
  9. nasib baek la dh sembuh adik abah tu

    err sedap ke sup ketam?
    biasanya makan ketam masak merah dan masak lemak cili padi je..tak penah buat sup
    hehe

    ReplyDelete
  10. Sup ketam tu bkn penawar sebenar tp klu nak ikhtiar, ape salahnya kan?

    Yg penting, jgn dehidrasi sbb klu dehidrasi...tu yg boleh jdk kronik.

    ReplyDelete
  11. selalu jugak dengar org cakap mcm tu...cuma cengkering jgn bg la..makin gatal kekdahnya :P

    ReplyDelete
  12. baru tahu pasal ketam nie. berguna nie

    ReplyDelete
  13. orang sihat pun perlu selalu makan ketam

    ReplyDelete
  14. akak pun baru tahu ni abah, ada juga caranyakan...InsyaAllah, nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  15. uishhh..tak ada ubat rupenya demam denggi ni.
    Alhamdulillah, dah sihat.
    bagus info tu.

    ReplyDelete
  16. bagus petua ni abah..tak penah tau..hehehe... :)

    ReplyDelete
  17. wahhh sup ketam!
    alhmdulillah dah sembuh eh? ;P



    cik ana.

    ReplyDelete
  18. sedapnya sup ketam... huuuu~

    kalau denggi ni kena minum air banyak2, biar dlm badan tu sejuk.

    ReplyDelete
  19. Sup ketam sedap Dan mmg byk khasiat

    ReplyDelete
  20. sedapnyer ketam...

    Abah..rumah Alin di Saujana Utama Sg Buloh :)

    ReplyDelete
  21. patut seminngu x nampak kwn saya tadi ..rupa2 nya dia admitted pasai denggi

    ReplyDelete
  22. Salam Abah K,

    pernah baca dan dpt info ni tapi tak pernah cuba pulak...tp ramai org kata sesuaiiii sesgt...allahualam.

    ReplyDelete
  23. nampaknya terkial-kial saintis perubatan moden nak cari ubat denggi ni , kalu tengok perubatan lain denggi ni mudah je nak cure

    ReplyDelete
  24. I loved aѕ much as уou'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored material stylish. nonetheless, you command get bought an impatience over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this increase.

    Feel free to visit my webpage :: make money online

    ReplyDelete
  25. I kena denggi dulu... platelet turun sampai 20.. dah memamng tak berdaya sbb tak lalu makan... tapi setelah kawan I bagi I makan Transfer Factor (TF), alhamdulillah terus platlet naik mendadak dan selera makan terus datang..!!! Terima kasih kepada kawan I tu yang suggest makan TF. Mulai saat itu, I sentiasa mengamalkan TF untuk prevention form other critical ilnesses. Boleh google di internet tentang TF ni... :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates