Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

23 Kes Buang Al-Quran Semakin Berleluasa

 Inilah sikap masyarakat kita pada hari ini!

ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat percetakan terkejut apabila menemui dua guni plastik berisi naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kilangnya di Mergong di sini.



Plastik putih itu berisi helaian surah Yasin, doa, wirid serta panduan ibadah itu ditemui dibuang di tepi kilang Percetakan Siaran Sdn. Bhd. pada petang Isnin lalu. 

Pengurus Pemasaran syarikat itu, Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, memberitahu, dia menemui bungkusan itu ketika mahu menutup pagar premisnya kira-kira pukul 6 petang.

"Saya tidak menyangka dua bungkusan plastik itu berisi helaian al-Quran termasuk surah Yasin selain helaian doa, wirid dan panduan ibadah.

"Perbuatan itu satu penghinaan kerana tidak menjaga kesucian al-Quran dan agama," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Syarikat percetakan itu yang beroperasi sejak tahun 1958 adalah satu-satu syarikat percetakan yang mempunyai lesen mencetak teks al-Quran di Kedah dan Perlis.


Abdul Basidh memberitahu, selain mencetak bahan al-Quran, kilang itu turut mencetak buku agama dan kalendar yang ditempah pelbagai pihak.


Tambahnya, perbuatan membuang bahan al-Quran di premisnya itu dilihat mahu melepaskan tanggungjawab dan mengambil jalan mudah melupuskannya.

sumber: kosmo online

Tuesday, September 27, 2011

11 Teori Rahman

Abah pasti anda semua pernah mendengar mengenai teori RAHMAN. Adakah teori ini bakal berakhir dengan pilihanraya seterusnya? Agak-agaknya siapalah pengasas teori ini?Korang tau tak?

R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir
A - Tun Abdullah Ahmad Badawi
N - Dato’ Seri Najib Tun Razak

Next? Kita tengok pilihanraya akan datang macam mana. Mungkinkah akan ada teori baru yang akan muncul selepas ini?Adakah Tan Sri Muhyidin menerajui Malaysia..semuanya masih dalam persoalan.

Actually ini bukan blog politik.Tapi kita sebagai warna negara Malaysia semestinya dan seharusnya perlu mengetahui mengenai Politik negara kita.

Korang dah daftar mengundi? Jika masih tak layak sila ambik pen dan terus ulangkaji pelajaran dan kepada yang memang dah layak ayuh laksanakan tugas anda. Semak status anda di laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Friday, September 2, 2011

4 Raya-raya juga, Kemerdekaan jangan dilupakan

Raya-raya juga kena ingat juga baru ni tarikh keramat kemerdekaan negara kita. Dalam kita bergembira hendaklah kita bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi selama ini.


Masa abah dan keluarga pergi ziarah kubur nenek dan atuk belah wife di Teluk Air Tawar, abah ada ternampak sebuah basikal di depan kubur dan dimeriahkan dengan bendera Malaysia. Cepat-cepat abah ambik gambar.

Terima kasih abah ucapkan kepada pejuang-pejuang dan pemimpin negara yang sedaya upaya memerdekakan negara 54 tahun yang lalu. 

Bukan komunis tau yang jadi hero.hehehe

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates