Inilah sikap masyarakat kita pada hari ini!
ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat percetakan terkejut apabila menemui dua guni plastik berisi naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kilangnya di Mergong di sini.
Plastik putih itu berisi helaian surah Yasin, doa, wirid serta panduan ibadah itu ditemui dibuang di tepi kilang Percetakan Siaran Sdn. Bhd. pada petang Isnin lalu.
Pengurus Pemasaran syarikat itu, Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, memberitahu, dia menemui bungkusan itu ketika mahu menutup pagar premisnya kira-kira pukul 6 petang.
"Saya tidak menyangka dua bungkusan plastik itu berisi helaian al-Quran termasuk surah Yasin selain helaian doa, wirid dan panduan ibadah.
"Perbuatan itu satu penghinaan kerana tidak menjaga kesucian al-Quran dan agama," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Syarikat percetakan itu yang beroperasi sejak tahun 1958 adalah satu-satu syarikat percetakan yang mempunyai lesen mencetak teks al-Quran di Kedah dan Perlis.
Abdul Basidh memberitahu, selain mencetak bahan al-Quran, kilang itu turut mencetak buku agama dan kalendar yang ditempah pelbagai pihak.
Tambahnya, perbuatan membuang bahan al-Quran di premisnya itu dilihat mahu melepaskan tanggungjawab dan mengambil jalan mudah melupuskannya.
sumber: kosmo online
astagfirullahalaziiimmmm.... tak tau nak cakap apa...sapa la yang buang al quran tu...
ReplyDeleteKat lebih elok jika dibakar je daripada dibuang merata-rata tempat
ReplyDeletesapa yg sungguh biadap buat kerja mcm ni hah?
ReplyDeleteerm... tak terkata... nak komen ape pun xtau.. tp perbuatan ni mmg sungguh biadap!
ReplyDeleteapa la nak jadi
ReplyDeleteya allah..
ReplyDeleteastaghafirullah....
ish ish ish,, nauzubillah.. jahatnye mereka itu..
ReplyDeleteAda segelintir manusia yg tak sensitif dan main ikut suka nak buat apa.
ReplyDeleteSy tak marahkan org tu tp sy kesian...semoga dia diampunkan Allah.
astaghfirullahalazim..ap laa nk jadi
ReplyDeleteApalah nak jadi kat Malaysia sekarang ini...
ReplyDeleteish ish... amek jalan mudah
ReplyDeletelebih elok dibakar dari buang camni
orang tu dah takut dosa
ReplyDeletetau nak untung saja...
SALAM,
ReplyDeleteNAK BERNIAGA TAPI TAK AMBILKIRA HUKUM HALAL-HARAM.
hmmm...apo la nak jadik pado yg pado yg terlibat tuh...
ReplyDeleteastaqfirullahhh..
ReplyDeleteapa la nk jadi...
tak takut ke dgn bala allah????
dunia akhir zaman..
ReplyDeletesekarang ni dah timbul macam2 perangai pelik manusia..sedih mama...Al Quran dibuang sewenang2nya..mungkin dunia dah akhir zaman..
ReplyDeletesubhanallah..
ReplyDeletekenape begini?? =.='
cik ana.
hmmmm..apa nak jadi sekarang ni.
ReplyDeletesubhanallah..
astaghfirullahal'azim, manusia akhir zaman..
ReplyDeletebagusla kalau perbuatan mcm ni terbongkar... keji
ReplyDeleteSalam Abah K,
ReplyDeleteIstifar....
kena tarik semula lesen kebenaran mencetak ayat AlQuran dari Syarikat tu....sebagai pengajaran.
tapi kenyataannya sekarang ramai org islam yg telah membuang jauh-jauh alquran dari diri mereka...nauzubillahiminzalik...
:(
apa tindakan sewajarnya?
ReplyDelete