Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 29, 2011

24 Kes Buang Al-Quran Semakin Berleluasa

 Inilah sikap masyarakat kita pada hari ini!

ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat percetakan terkejut apabila menemui dua guni plastik berisi naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kilangnya di Mergong di sini.



Plastik putih itu berisi helaian surah Yasin, doa, wirid serta panduan ibadah itu ditemui dibuang di tepi kilang Percetakan Siaran Sdn. Bhd. pada petang Isnin lalu. 

Pengurus Pemasaran syarikat itu, Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, memberitahu, dia menemui bungkusan itu ketika mahu menutup pagar premisnya kira-kira pukul 6 petang.

"Saya tidak menyangka dua bungkusan plastik itu berisi helaian al-Quran termasuk surah Yasin selain helaian doa, wirid dan panduan ibadah.

"Perbuatan itu satu penghinaan kerana tidak menjaga kesucian al-Quran dan agama," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Syarikat percetakan itu yang beroperasi sejak tahun 1958 adalah satu-satu syarikat percetakan yang mempunyai lesen mencetak teks al-Quran di Kedah dan Perlis.


Abdul Basidh memberitahu, selain mencetak bahan al-Quran, kilang itu turut mencetak buku agama dan kalendar yang ditempah pelbagai pihak.


Tambahnya, perbuatan membuang bahan al-Quran di premisnya itu dilihat mahu melepaskan tanggungjawab dan mengambil jalan mudah melupuskannya.

sumber: kosmo online

24 comments:

  1. astagfirullahalaziiimmmm.... tak tau nak cakap apa...sapa la yang buang al quran tu...

    ReplyDelete
  2. Kat lebih elok jika dibakar je daripada dibuang merata-rata tempat

    ReplyDelete
  3. sapa yg sungguh biadap buat kerja mcm ni hah?

    ReplyDelete
  4. erm... tak terkata... nak komen ape pun xtau.. tp perbuatan ni mmg sungguh biadap!

    ReplyDelete
  5. ish ish ish,, nauzubillah.. jahatnye mereka itu..

    ReplyDelete
  6. Ada segelintir manusia yg tak sensitif dan main ikut suka nak buat apa.

    Sy tak marahkan org tu tp sy kesian...semoga dia diampunkan Allah.

    ReplyDelete
  7. Apalah nak jadi kat Malaysia sekarang ini...

    ReplyDelete
  8. ish ish... amek jalan mudah

    lebih elok dibakar dari buang camni

    ReplyDelete
  9. orang tu dah takut dosa
    tau nak untung saja...

    ReplyDelete
  10. SALAM,
    NAK BERNIAGA TAPI TAK AMBILKIRA HUKUM HALAL-HARAM.

    ReplyDelete
  11. hmmm...apo la nak jadik pado yg pado yg terlibat tuh...

    ReplyDelete
  12. astaqfirullahhh..

    apa la nk jadi...

    tak takut ke dgn bala allah????

    ReplyDelete
  13. nak lupus ada caranya..
    bukan pakai longgok ikut dan je..
    aih...

    ReplyDelete
  14. sekarang ni dah timbul macam2 perangai pelik manusia..sedih mama...Al Quran dibuang sewenang2nya..mungkin dunia dah akhir zaman..

    ReplyDelete
  15. subhanallah..
    kenape begini?? =.='




    cik ana.

    ReplyDelete
  16. hmmmm..apa nak jadi sekarang ni.
    subhanallah..

    ReplyDelete
  17. astaghfirullahal'azim, manusia akhir zaman..

    ReplyDelete
  18. bagusla kalau perbuatan mcm ni terbongkar... keji

    ReplyDelete
  19. Salam Abah K,

    Istifar....

    kena tarik semula lesen kebenaran mencetak ayat AlQuran dari Syarikat tu....sebagai pengajaran.

    tapi kenyataannya sekarang ramai org islam yg telah membuang jauh-jauh alquran dari diri mereka...nauzubillahiminzalik...

    :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates