Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 8, 2013

10 Didik Anak Henti Pakai Lampin Pakai Buang

Lampin pakai buang(pampers) sudah boleh dihentikan pemakaiannya apabila usia si kecil mencecah 2-3 tahun ke atas.Pada usia 2 tahun,anda sudah boleh melatih anak sedikit demi sedikit untuk ke tandas.Ada cara tertentu untuk melatih anak secara berperingkat mengikut usianya.

Bila masa yang sesuai dipraktikkan :

1. Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap.Ketika usia 2 tahun ke atas,si kecil sudah mula belajar untuk berdikari.Ketika anda sudah boleh melatihnya membuang air kecil dan air besar di bilik air.

2. Latih si kecil memberi isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang air kecil atau air besar.Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.

3. Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam pertama di waktu pagi.Sama ada anda lakukan sendiri atau minta bantuan dari penjaganya.

4. Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali.Untuk permulaan anda hanya perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang.Jarak masa 5-10 minit penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.

5. Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada biasa.Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.

6. Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat memberitahu anda.Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya.Ia akan menjadi kebiasaan lama-kelamaan tetapi mungkin mengambil masa yang lama.

7. Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil.Bagaimanapun anda masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa.Ini kerana anak kecil mudah terleka terutama apabila sedang bermain.

8. Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk ke bilik air sendiri.Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing.

9. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.

10. Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur.Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke bilik air.Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.

Perkara perlu dielakkan:
1. Memakai lampin pakai buang sehingga melebihi usia 3 tahun ke atas.
2. Memakai lampin pakai buang di waktu malam sehingga usia melebihi 5 tahun.
3. Memakai lampin pakai buang setiap kali keluar.
4. Tidak melatih dan menganggap ia boleh terhenti dengan sendiri.
5. Memarahi atau memukul apabila si kecil terkencing tanpa memberitahu.

sumber: facebook Persatuan Ibu

Komen AK:
Alamak anak AK masih lagi pakai pampers ni..hari minggu pun tak ajar Nur Iman tak pakai pampers. Kn discuss ngan wife ni dan ambil langkah segera!

10 comments:

  1. maisara dulu umur awal 3 tahun dah tak pakai lampin.tidur pun tak payah alas2..

    ReplyDelete
  2. Cuma kita kena banyak bersabar. Peringkat awal budak ni terkucil kencing/berak atas tilam dan lantai tu biasa. Jangan marah...

    ReplyDelete
  3. ak...nice sharing... ^_^ ... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. bagus untuk yang ada anak. boleh praktikkan. untuk bakal ibu bapa, boleh ambil tahu. nanti boleh buat jugak. hihi

    ReplyDelete
  5. anak wak yg kecik pon dh x pakey pampers sudahh.,ahHKs

    ReplyDelete
  6. akan dipraktikkan ke atas hero den kelak...insya-Allah...

    ReplyDelete
  7. peringkat awl nak ajar mmg susah sikit...anak2 saya pun da 4 tahun baru boleh dilatih....itu pun ambil masa jugak..

    ReplyDelete
  8. Biasa la tu sya dlu spai dajah 2 masih pakai pampers lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates