Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 10, 2013

4 Laksa Janggus - Misi Tercapai

Misi mencari kedai laksa janggus!

Wife AK ni mmg peminat tegar laksa..kalau hari-hari duk makan laksa memang no hal punya. So demi memenuhi hasrat wife untuk makan laksa janggus, Kampung Perlis, Balik Pulau dipenuhi, AK bawakkan juga..

Sape tak sayang bini wooo..

Actually wife sibuk sangat nak makan di kedai laksa janggus ni sebab kawan dia ada pergi makan di kedai ni dan yang buat lagi teruja kerana laksa janggus ni pernah masuk Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3.



Ok macam mana nak ke kedai laksa Janggus ni? Ada masa nanti AK masukkan peta untuk ke kedai Laksa Janggus ni tapi buat masa ini korang boleh follow instruction di bawah untuk ke kedai Laksa Janggus ni.

Mula-mula anda kena pergi ke Balik Pulau, Pulau Pinang dulu, sampai je sana korang cari papan tanda yang menuju ke Pulau Betong. Dah masuk korang akan jupa lampu isyarat yang pertama dan belok ke kiri menuju ke Pulau Betong.

Dari situ korang pergi je terus sampai nampak signboard ke Teluk Bahang dan masjid di sebelah kanan. Di situ juga ada simpang masuk ke kanan. Masuk je ke simpang kanan tu.



Ha nampak signboard ni terus masuk ke kanan tau!

Dalam 300 meter korang akan nampak signboard ini pula di sebelah kanan.


Kalau tengok memang penuh kedai ni..dasyat btl la..hebat sangat ke laksa janggus ni? Jom pekena semangkuk dua.



Tengok pula suasana di kedai Laksa Janggus ni..meriah btl..memang cukup ramai.





Pisang goreng dan keledek juga ada dijual..murah je pisang RM1 dapat 8. KL?tak yah citelah kalau RM2 tu celah gigi jelah.




Peringatan! Jangan datang hari Rabu tau..tutup. Kedai Laksa Janggus ni dibuka bermula 3 petang ye...pagi memang tak buka.

Ok kalau nak datang korang boleh call dulu..ni no. telefon kedai laksa janggus.


Laksa biasa harga RM2.50 manala special RM3.50..selain tu turut dijual bihun sup,mee sup dan sewaktu dengannya.

AK ada tanya wife mcm mn rasa laksa janggus ni? Daripada 5 bintang wife bagi 4 bintang..tu pun sebab perut dah kenyang makan nasi..kalau tak memang dia bagi 10 punya walaupun orang cakap daripada 5 bintang.



Tersenyum kepuasan wife setelah dapat merasa Laksa Janggus di Kampung Perlis, Pulau Betong Pulau Pinang.

4 comments:

  1. kira berbaloi la makan kat sini ya..hihihi

    ReplyDelete
  2. wah..siap tunjuk arah dan nom pone sekali...tq AK...ada rejeki leh terjah kat sini nanti..

    murah jugak goreng pisang tu...8kping sehinggit..

    ReplyDelete
  3. x pernah makan...kenapa nama dia laksa janggus?

    ReplyDelete
  4. Tlg jwb yek... Coz ade pokok janggus kat dpn kedai tuu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates